Beberapa minit yang lepas,
PRAK!
Cawan pecah berderai apabila dibaling ke lantai dengan kuat.Lelaki yang bertanngungjawab atas kepecahan cawan itu mendencit geram.
"Huh!Tak guna betul!Berani Puteri Einhart tolak permintaan aku untuk berjumpa dengannya!",kata lelaki itu,namanya Vincent Rogue.
Satu-satunya pewaris keluarga Rogue yang hidup.Vincet geram kerana dia tak dapat jumpa dengan Einhart.
Memang dia selalu jumpa dengan Einhart apabila ada majlis atau parti di mana-mana rumah bangsawan,tetapi bukan secara berdepan atau personal kerana kelibat gadis itu pasti akan hilang kalau dia alihkan perhatian walaupun sesaat.
Vincent teringin sangat jumpa Einhart.Bukan kerana ada urusan yang penting untuk dibincangkan,tetapi kerana lelaki ini mahu jadikan sang puteri miliknya.
Lelaki mana yang tak mahu jadikan Einhart milik mereka apabila melihat kecantikkan yang dimilikinya?Mungkin lelaki yang hatinya sudah menjadi milik orang lain,ataupun lelaki yang homoseksual.
Vincent antara lelaki yang mahukan Einhart.Tentang peraturan pemerintah Asteon tak boleh kahwin?
Dia kisah apa.Untuk dia,tak dapat kahwin pun tak apa asalkan dia dapat ambil harga diri ataupun dipanggil sebagai mahkota untuk kaum perempuan.
Mungkin ada sesetengah orang tak faham makna mahkota yang dimaksudkan dalam ini.
Vincent meraup mukanya beberapa kali,sebelum tersenyum sinis.
"Tak apa....aku tak dapat jumpa dia dengan cara baik,jadi aku akan jumpa dia sendiri!Dan aku akan hancurkan maruahnya sebagai perempuan,supaya dia menjadi milik aku!!"
Ketawa Vincent memenuhi biliknya dan ianya berhenti selepas beberapa minit berlalu.
Nafasnya tidak teratur,bukan kerana ketawa,tetapi kerana nafsunya mula menguasai dirinya apabila terbayang akan 'show' yang akan ditunjukkan oleh Einhart.
"Tunggu aku,Puteri Einhart...."
Katanya lalu menjilat bibirnya.
---------------
Sekarang......
"Hmph-!Hmph!!!!"
Dia cuba untuk keluarkan suaranya,tetapi tak dapat kerana sesuatu menghalangnya untuk keluarkan suara.
Dia juga tak dapat gerakkan anggota seluruh badannya,tak kira sekuat mana dia cuba.
Apa yang dia mampu buat,hanyalah memandang dengan mata yang dibesarkan kepada Einhart yang duduk atas kerusi sambil menghirup minuman panas.
Lampu tidak dipasangkan dalam bilik itu.Hanya cahaya bulan yang memasuki bilik tersebut melalui tingkap menjadi cahaya dalam bilik itu.
Einhart meletakkan cawannya atas piring.Dia tersenyum manis.Terasa tubuhnya menjadi hangat apabila minum minuman yang panas pada waktu malam yang sejuk.
"Tak kira apa yang kau cuba lakukan,tak mungkin akan dapat lepaskan diri dari rantai yang melilit seluruh badan kau",kata Einhart,tersenyum kepada Vincent.
Vincent menjegilkan matanya apabila melihat senyuman Einhart.
"HMPHH!!HMPHH!!!!"
'PEREMPUAN TAK GUNA!KAU PERANGKAP AKU!'
Einhart berdiri dari kerusi dan letakkan piring sekali dengan cawannya atas kerusi tersebut.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...