"Auch!!"
SKRECH!!!
Tubuh Misa terseret ke belakang, hampir terkeluar daripada gelanggang arena.
Tanpa membuang masa, dia terus berdiri. Tangan kanannya memegang bahu tangan kirinya.
Badannya penuh dengan luka seperti calar dan lebam. Bahagian badan yang paling sakit adalah belakang badannya dan bahu kirinya.
Dia merasakan bahu kirinya mungkin terkehel selepas Vivian mematahkan serangannya dengan memusingkan tangan kirinya.
Vivian hanya memandang ke arah Misa dengan wajah yang tenang.
Gadis itu masih lagi tidak mengalami kecederaan daripada serangan Misa. Dia masih dalam keadaan yang baik.
Sesiapa yang melihat pertarungan mereka berdua, sangat yakin yang Vivian akan memenangi pusingan akhir MAM.
"Apa yang Misa akan lakukan untuk buat keadaan berpihak pada dia, Nad?"
"Eh?"
Nad tidak dapat menjawab soalan Einhart dengan terus. Dia menenggelamkan dirinya untuk berfikir tindakan yang baik diambil oleh Misa untuk mengubah keadaan.
".... gunakan magik, mungkin? Saya belum nampak dia gunakan magik sepanjang MAM"
Einhart mengukir senyuman mendengar jawapan Nad.
"Betul.Tindakan yang terbaik adalah gunakan magik. Tetapi, dia masih belum gunakannya"
"Sebab Vivian juga masih belum gunakan magik. Dia tak boleh ambil risiko dedahkan magiknya sebelum lawannya"
Einhart menjentik jarinya.
"Memang betul. Sebelum ini, semua lawan Misa gunakan magik, tetapi dia dapat kalahkan mereka tanpa gunakan magik.
Dan sekarang, ini kali pertama dia berlawan dengan lawan seperti Vivian, yang cukup kuat berlawan tanpa gunakan magik.
Sama seperti Misa, Vivian juga tak pernah gunakan magik.Jadi,mereka berdua tak tahu magik apa yang dimiliki oleh lawan mereka.
Siapa agaknya yang akan gunakan magik terlebih dahulu? "
Einhart tersenyum gembira,dengan ketawa kecil. Dia mengeluarkan jam poket yang berada dalam pakaiannya. Wajahnya menjadi serius.
".... mereka patut tamatkan pertandingan ini dengan cepat. Masa untuk bertindak dah semakin hampir"
Jam poket dimasukkan semula ke dalam pakaiannya.
▪️▫️▪️
"Hah..... hah...."
Misa menarik nafas dalam. Dia cuba untuk tenangkan dirinya.
Keadaan tidak berpihak kepada dirinya, namun itu tak bermakna dia harus bertindak secara melulu.
Dia perlu fikirkan tindakan yang terbaik untuk diambil olehnya.
Misa bergerak setapak ke kiri.
Melihat Misa bergerak, Vivian juga bergerak ke kanan badannya setapak.
Mata mereka saling memerhatikan antara satu sama lain, tidak beralih ke arah lain.
Fokus mereka berdua penuh dengan lawan yang berada di hadapan mereka.
"Huh......"
Misa menghembuskan nafasnya.
ZUP!!
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...