Istana Asteon Kingdom,bilik puteri Einhart
KRAK
Bacannya terus terhenti apabila cawannya yang terletak atas meja di sebelahnya retak.Bukunya terus ditutup,dan dia melihat cawan tersebut.
Cawan yang diberikan oleh Mimi beberapa tahun yang lepas.
"....Mimi..?"
Einhart melemparkan pandangannya ke luar tingkap.Dia merasakan sesuatu yang buruk berlaku pada Mimi.
---------
Senyap sunyi.Tiada siapa pun bersuara.Hanya bunyi bunga api sahaja yang memenuhi keadaan sunyi antara mereka berdua.
Setelah lama keadaan itu berlangsung,Arago melepaskan tangan Mimi yang dipegangnya.Dia tidak memandang wajah Mimi.
Tidak sanggup untuk melihat riak muka Mimi,setelah apa yang dikatakannya.Dia takut,yang dia akan tarik balik kata-katanya tadi jika lihat wajah Mimi.
"Selamat tinggal..."
Arago terus berlalu pergi dari situ,tanpa memandang wajah Mimi langsung.
"Selamat tinggal...terima kasih untuk segalanya..",ucap Mimi,namun tidak didengari Arago kerana suaranya perlahan.
Cukup perlahan,untuk didengari oleh dirinya sahaja.
Mimi,wajahnya tak tunjukkan apa-apa emosi langsung.Tiada riak muka sedih,kecewa atau marah.Tiada.Air mata juga tiada.Hanya,sinaran dalam matanya hilang,sepenuhnya.
Wajah yang kaku,tidak beremosi dan mata yang tiada sinar kehidupan,kulit putih dan cerah,rambut hitam panjang yang cantik,kecantikkan yang dimiliki,seperti anak patung yang dicipta dengan sempurna.
--------
KLIP
"Hmph,kita nak edit gambar ni macam mana?",soal Nad,tunjuk gambar pasangan yang menyuap makanan antara satu sama lain.
"Mungkin...letak gambar hantu di belakang si lelaki.Dan buat makanan itu ada ulat padanya.Tambah lagi,buat gigi lelaki itu kuning dan berlubang",cadang Sara.
"Bagus juga"
Sha mendekati mereka dengan sotong bakar dimulutnya,mengunyah.
"Oh ya,ada gambar Arago dan Mimi tak?",soal Sha.
"Kenapa dengan gambar mereka?",soal Sara.
"Aku tak nak edit gambar mereka.Cuma nak berikan pada mereka berdua.Terutama sekali Mimi.Aku nak semangat budak tu pulih",kata Sha.
Tersenyum Sara dan Nad mendengar apa yang Sha katakan.Walaupun Sha ni macam kawan yang tak berguna,tapi dia sangat sayang kawan-kawannya.Cuma cara dia tunjuk rasa sayang dengan buat prank...
"Baguslah.Aku pun nak Mimi pulih!",kata Nad.
"Mmp!Nasib baik Arago ada di sisinya sepanjang 13 tahun ini,buatkan dia belum berputus asa untuk hidup",kata Sara.
"Ya,kalau Arago tiada di sisinya,pasti Mimi dah buat perkara yang bodoh",Sha menjilat bibirnya yang ada calitan sos.
'Tapi,kalau Mimi kehilangan Arago dalam keadaan dia sekarang ini,dia akan jadi mayat hidup.Badannya masih ada di dunia,tetapi mindanya,tiada',desis Sha dalam hatinya.
--------
Arago mengelap air mata yang mengalir di pipinya.Dia kini berada di suatu tempat,bersama dengan Luxalia,Hana dan Arie.
Mereka semua membawa bagasi,seperti akan pergi ke tempat yang jauh dalam tempoh yang lama.
"Abang pasti ke dengan keputusan abang?",soal Arie.
Arago mengangguk.
"Arago,ibu bukan nak kata keputusan kamu ni salah...tapi,perlu ke kamu tinggalkan Mimi sekarang?Dia paling perlukan kamu di sisinya...",kata Hana,dengan wajah serba salah.
Arago mendiamkan diri.
"Apa ibu kamu katakan betul.Mimi masih belum pulih dengan luka kehilangan tiga sahabat yang penting dalam hidupnya.Kemudian,kamu pula menghilangkan diri...",giliran ayahnya pula berbicara.
Arago menggeleng-geleng kepalanya.
"Saya tahu...tapi,apa gunanya saya berada di sisi Mimi,jika dia langsung tak pernah luahkan kesedihannya pada saya?",soalan Arago membuatkan mereka bertiga menunduk kepala.
"Arago,bukan mudah untuk seseorang luahkan kesedihan mereka...lebih-lebih lagi kepada orang sekeliling mereka,yang penting dalam hidup mereka",kata Hana.
"Jadi,mereka boleh luahkan kesedihan mereka pada orang yang tak dikenali,orang luar?",soal Arago membuatkan mulut Hana terkunci.
Arago menghembuskan nafas dengan kuat.
"Sudahlah...baik kita bertolak sekarang,sementara yang lain pergi ke festival tersebut",Arago mengangkat bagasinya.
Ibu,ayah dan adiknya hanya mengikutnya.Jika keputusan sudah dibuat,amat sukar untuk ubahnya.
Kejamkah Arago kerana tinggalkan Mimi,kerana merasakan dirinya tidak bermakna langsung dalam hati mereka?
Kerana gadis itu tak pernah luahkan kesedihannya kepada dia.Namun,untuk apa mereka berdua bersama,jika dia tak dapat pulihkan kelukaan di hati Mimi?Untuk apa?
Apa yang Arago lakukan ni memang kejam,tapi,bukankah apa yang Mimi lakukan lebih kejam?Menyeksa dirinya dengan memendam segala kesedihannya seorang diri.
Tidak bergantung kepada sesiapa,walaupun ada ramai orang di sekelilingnya,yang ingin membantu dia bangkit semula.
Arago berharap,kehilangan dirinya dalam hidup Mimi akan buat gadis itu sedar akan perkara tersebut,bahawa dia masih lagi ada ramai orang yang penting dalam hidupnya.
Dan mereka masih bernyawa.
-----------
Gelapnya...kenapa ia sangat gelap
Tapi,kenapa nak kisah tentangnya
Dunia saya memang gelap
Mata ni tak pernah langsung melihat warna lain,hanya hitam putih sahaja yang mewarnai pandangan...
Tapi,kenapa sekarang....hanya warna hitam..?
........
Forget it...
Kenapa nak kisahkan perkara tersebut...kalau tiada siapa disisi saya sekarang...
Sekarang?Tidak.....
Selamanya
ANDA SEDANG MEMBACA
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...
