[34]Make A Choice

127 17 0
                                    

Beberapa hari berlalu sejak MAM dimulakan,

Einhart melemparkan surat khabar yang dibacanya tadi atas mejanya.Tangannya yang lenguh membuat regangan ringan.

"Erm.....dah masuk semi-finals....ianya memang menakjubkan...",ucap Einhart,matanya tertumpu kepada muka hadapan surat khabar tersebut.

[Salah satu peserta kegemaran penonton,Arisa Misa melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dengan serangannya yang pantas terhadap pihak lawannya!

Memiliki bakat yang hebat dalam pertarungan seperti kakaknya,Arisa Mimi!Adakah dia akan mewarisi gelaran yang dimiliki kakaknya?]

Einhart melepaskan keluhan yang berat lalu menyandar kepalanya pada kerusinya yang empuk.

"Hmph....kesiannya kepada peserta lain....langsung tak diberikan perhatian seperti yang diterima oleh Misa.Dan semua tu hanya kerana dia adik kepada 'Arisa Mimi'...."

Mata birunya melihat langit biru cerah yang tiada awan melalui tingkap pejabatnya.

"Mimi....aku pasti kau ada rancangan....yang akan hancurkan adik kau",ucap Einhart.

---------

Pada masa yang sama,bilik latihan dipangkalan organisasi

WHACK!

Punching bag  yang berada di hadapan ditendang oleh kaki milik seorang gadis bertubuh kecil.

"Hah...hah...."

Nafasnya tercungap-cungap.Peluh yang mengalir di bawah dagunya dilap dengan belakang tangannya yang berbalut.

Bukan tangannya sahaja yang berbalut,tapi kedua belah kakinya juga berbalut.

"Jangan paksa diri untuk berlatih lebih dari kemampuan,Misa",ucap Kaizo dengan nada yang keras.

Misa hanya memandang sekilas ke arah ayahnya melalui celahan rambut yang menutupi matanya.

"Bukan ke ayah suruh kamu rehat?Kecederaan kamu akan bertambah lagi teruk kalau kamu teruskan latihan ni!",Kaizo memegang lengan kiri Misa.

Namun,gadis itu menolak untuk berganjak dari tempatnya.

"Misa..."

"Saya tahu.Saya tahu kecederaan ini akan bertambah teruk.Saya tahu proses pemulihan akan lambat....tapi saya perlu berlatih untuk lebih kuat!"

Misa mengetap giginya dengan kuat selepas meluahkan isi hatinya.Kaizo hanya mengeluh.

"Kamu berlatih untuk tingkatkan kemampuan atau lepaskan geram dengan pertandingan semalam?",soal Kaizo,menyentakkan Misa.

Mata gadis itu membulat.

"Kau mungkin menang pusingan ni....dan mungkin juga kau akan menang tahun ni!Tapi kemahiran yang kau ada takkan diakui kemahiran kau sendiri!Semua orang akan fikir kemahiran kau ada hanya kerana kau adik kepada raksasa tu!"

"ARGHH!!!!"

Misa menjerit sekuat hati untuk membuat dirinya melupakan apa yang dikatakan oleh lawannya semalam.

Kata-katanya yang membuatkan Misa tidak dapa kawal emosi marahnya,dan hampir membuatkan dirinya belasah lawannya dengan parah.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now