[16]Girls,Full of Emotions

123 23 0
                                    

SPLASH!

Kerja yang sedang dilakukannya terhenti apabila ada insan durjana yang menyiram dirinya dengan air paip.

"Ah....minta maaf Nari....tak sengaja",Arcane memohon maaf kerana dia tersiram Nari.

Dia sebenarnya nak siram pokok-pokok yang ditanam diluar,tapi terkena pula Nari yang sedang menyidai pakaian yang baru dibasuh.

"Maaf ya...aku boleh maafkan kau...",rambut depannya yang basah itu ditolak ke tepi kerana menutup matanya.Kemudian dia terus memberikan jelingan maut kepada Arcane.

Arcane apa lagi,tengah kira saat-saat untuk dia larikan diri.

"Dengan bagi aku belasah kau cukup-cukup!!"

"Cabut!"

Arcane terus melarikan diri dengan laju.Nari pun terus kejarnya.Pisau-pisau keluar daripada lengan kimononya,berada dicelah semua jarinya.Tanpa berlengah,dia terus membalingnya ke arah Arcane.

"Ampun!Betul-betul tak sengaja!",Arcane mengelak dari terkena semua pisau Nari.

Nari berdencit,dan melajukan larianya sehingga dia dapat menyamai kepantasan Arcane,dan berada disebelahnya.

"Aah!!!",menjerit Arcane.

Satu pisau dikeluarkan lagi dan dihayun pantas ke muka Arcane.Namun ia berjaya dielak oleh Arcane dengan menunduk kepalanya.

Nari menyadung kaki Arcane dan membuatkan lelaki itu kehilangan keseimbangan,jatuh ke bawah.

Gadis itu terus meluru ke arah Arcane,duduk atas perutnya dan laju pisaunya menuju ke leher lelaki itu.

TING!

Tersengih-sengih Arcane kepada Nari yang sedang bengang.Pisau miliknya dihadang dengan pedang Arcane yang dimunculkan melalui magik.

"Saya dah minta maaf...dan saya betul-betul tak sengaja.."

Nari memandang tajam ke arah Arcane yang berada dibawahnya,sebelum dia menolak pisaunya dengan lebih kuat hingga pedang Arcane berada dilehernya.Pucat lesi wajah remaja lelaki itu.

"Tolonglah jangan marah sangat!Saya kan dah minta maaf!",rayu Arcane yang dah nak menangis itu.

"Hmph.Okey..",Nari menarik pisaunya dan masukkan semula dalam lengan bajunya.Dia terus berdiri,menjauhi diri daripada Arcane untuk elakkan salah faham.

Dengan dirinya yang basah kuyup dan duduk diatas Arcane,pasti ada yang akan salah faham tentang mereka berdua.

"Pergi sidai semua pakaian tu!Saya nak salin baju",Nari terus berlalu pergi dari situ,menuju ke biliknya.

Arcane menghembus nafas,wajahnya merah padam.

"Haih...nasib baik dia bangun dengan cepat....dahlah nampak dengan jelas sebab kimononya basah kuyup.."

Pedangnya dihilangkan.Arcane berdiri dan menepuk-nepuk bajunya,hilangkan debu-debu tanah yang melekat pada pakaiannya.

"Awal pagi saja dah ber sweet.....bagusnya jadi orang muda",kata Nebula,yang berada jauh dari tempat Arcane berdiri.

Wanita itu memerhatikan semuanya daripada awal.Dia memerhati dengan rasa yang gembira melihat anak-anak yang dibesarkannya di Temple  bertenaga pada awal pagi.

----------

DING DONG

Loceng yang dibunyikan menandakan tamatnya waktu kelas dan masa untuk eehat tengahari.Semua pelajar mengemas barang mereka atas meja sebelum keluar dari kelas.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now