[20]I Hate Him

130 19 0
                                    

"Saya minta maaf!Saya akan beritahu segala-galanya!!",rayu Arago dengan tangisan air mata.Dirinya digantung terbalik,dengan Einhart memukul dirinya dengan cemeti rantai besi itu.

"Cepat cakap!Apa kau dah buat pada Mimi?!",soal Einhart,masih dalam keadaan marah.Semua yang ada di situ,hanya mampu mendiamkan diri sambil melihat adegan tersebut.

"Err...tuan puteri...",seorang pengawal istana mendekati Einhart.Puteri itu terus memalingkan wajahnya dengan pantas.

"APA?!",jerkahnya dengan kuat.Mungkin geram kerana diganggu.Terhinjut bahu pengawal istana itu.

"Er...cik Mimi sudah pulang....",jawab pengawal itu dengan takut-takut.Jarinya menunjuk pada pintu bilik tersebut.

Suhu kemarahan Einhart menurun apabila mendengarnya.Cemetinya dilepaskan,dibiarkan jatuh atas lantai.Arago pula,matanya membulat mendengarnya tentangnya.

'Pulang?Apa maksud mereka?Takkanlah sejak malam festival itu,Mimi tak ada di sini...?',soal Arago dalam fikirannya.

"Mimi!",wajah Einhart terus sahaja menjadi ceria,nada suaranya juga sama.Aura gelap yang mengeliliginya terus berubah menjadi aura yang ceria,siap berbunga-bunga lagi.

Mimi berada dipintu bilik tersebut,tersenyum melihat Einhart.Bukan senyuman palsu,tapi memang senyuman yang asli.Gadis itu terus berjalan ke arah Einhart dan terus memeluk tubuh puteri itu.

Einhart sedikit terkejut dengan tindakan Mimi.

"Maaf,sebab saya menghilang selama 2 bulan...mesti kau dan yang lain risaukan saya,kan?",soal Mimi.

Einhart tersenyum mendengar soalan Mimi.Pelukan gadis itu dibalas,dengan erat.

"Memang kau buat kami risau.Tapi,kami tak marah,sebab bukan salah kau....larikan diri dari sini",Einhart menjeling tajam Arago yang tergantung disebelahnya.

Mimi menggeleng-geleng kepalanga.Pelukannya dileraikan.Gadis itu memandang sayu wajah Einhart.

"Tak...memang salah saya...kerana mencintai lelaki yang hipokrit",ujaran Mimi bagaikan anak panah yang tertulis perkataan 'hipokrit' menikam kepala Arago.

"Huh?",Einhart buat-buat tak faham.

"Lelaki itu berjanji,akan bersama saya tak kira dalam bahagia atau derita...tapi tak sangka,dia tak tepati janji.Pada malam festival musim panas itu,dia tinggalkan saya...",anak mata Mimi redup.

Melalui cara Mimi bercakap,macam Arago tak ada kat situ sahaja.

Einhart memberikan jelingan membunuh pada Arago yang sudah basah kuyup dengan peluh.Pada waktu itu,Arago perasan jari manis Mimi tidak tersarung cincin pertunangan mereka.

"Teruknya lelaki itu",kata-kata Einhart menikam hati Arago.

"Tapi,kamu berduakan bertunang?Apa yang kau nak buat tentang tu?",soal Einhart.

"Dia nak tinggalkan saya,jadi pertunangan itu putuslah.Lagipun,tujuan saya datang sini nak beritahu sesuatu",Mimi terus menukar topik.

"Hm?Beritahu apa?",soal Einhart dengan senyuman.

Tangan Einhart dipegang Mimi.

"Laporan misi saya dah hantar pada Chi,nanti Einhart boleh baca.Saya nak minta kebenaran untuk cuti"

"Cuti?Boleh sahaja!Lagipun dalam 2 bulan ni,dah banyak misi kamu lakukan!Ambillah cuti sebanyak mana pun!",Einhart gembira mendengarnya.

Akhirnya,Mimi ambil keputusan untuk berehat.

"Boleh?Terima kasih!",Mimi tersenyum gembira.

Mereka berdua berbual dengan gembira,manakala Arago pula sedang patah hati.

"Mimi cuma nak berehat kat sini,atau bercuti kat tempat lain?",soal Einhart.

"Kat tempat lain.Saya ingat nak bercuti diwilayah Earth",jawab Mimi.

"Di Earth,seorang diri?"

Mimi mengangguk.

"Yalah.Kalau dulu,ada orang sentiasa teman saya ke mana-mana...",ujarnya.

Sekali lagi,Einhart memberikan jelingan membunuh pada Arago.

"Okey.Saya akan uruskan penerbangan kamu ke sana!Nanti beritahu kamu nak bercuti dinegara mana.Sekarang ni,saya ada urusan penting.Maid,bawa Mimi ke bilik bacaan beta",arah Einhart.

Baru sahaja Mimi ingin melangkah keluar dari bilik tersebut,dia berpaling pada Einhart.

"Oh ya,kalau Einhart ada jumpa lelaki hipokrit tu,katakan padanya yang saya benci dia",jelas nada kelukaan dalam suara Mimi.

"Tak ada masalah",Einhart senyum manis.

KREK

Pintu ditutup dengan rapat.Dan sekali lagi,aura gelap mengelilingi tubuh Einhart.

"Baiklah,sekarang...apa penjelasan kau?",soal Einhart.

"Betul,apa yang kau nak jelaskan tentangnya?",suara lain kedengaran.

Terlihat,Tenshi,Misa dan Sara memasuki bilik tersebut melalui tingkap.Mereka mendengar apa Mimi katakan dari luar.

"E...eh...?!",Arago panik.

Mereka semua nampak macam nak membelasah Arago sahaja.Silap,bukan macam.Mereka memang nak belasah Arago.

"S...saya akan jelaskan terlebih dahulu...!"

Namun,mereka semua sudahpun mula membelasah dia,tanpa ingin mendengar penjelasan daripada Arago.

Nad merakam adengan tersebut,manakala Sha mengambil gambar.Boleh jadi koleksi yang menarik.

------

Mimi,bosan menunggu Einhart dibilik bacaannya,meneroka bilik tersebut.Dia melihat buku-buku yang tersusun kemas didalam rak-rak buku yang ada didalam bilik tersebut.

Sedang dia melihat buku-buku tersebut,matanya tertancap pada buku tang kulitnya berwarna emas.Disebelah buku itu,terdapat buku berkulit perak dan disebelah buku itu pula,buku yang kulitnya berwarba biru.Ketiga-tiga buku itu tebal.

Mimi mengambil buku berkulit emas.Mimi membaca tajuk yang tertera dihadapan kulit buku tersebut.

"The First Legends of Guardians:Gold Phoenix"

Ingin menghilangkan kebosanannya,Mimi duduk di atas sofa yang sedia ada dalam bilik tersebut dengan buku tersebut ditangannya.Kulit buku tersebyt dibuka oleh Mimi.

"Once upon a time..."

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now