[24]That Time

221 23 3
                                    

"Macam mana Mimi boleh pengsan malam tu ya?",soal Arcane yang duduk diluar,menikmati permandangan waktu malam.

Namun,tiada sesiapa menjawabnya kerana dia duduk berseorangan diluar.Orang lain tengah tidur,dia boleh terjaga dari tidur.

Arcane ada tabya Mimi soalan tersebut,tapi gadis itu mengatakan dia tidak ingat.

"Hmph...",Arcane memejam matanya,kepala didongakkan ke atas.Angin malam menyapa wajahnya.

"Rungsing nampak?Fikir apa tu?",suara seseorang mengejutkan Arcane,tapi tidak sampai lelaki itu menjerit.

Matanya terus terbuka dan wajah Nari menyapa matanya.Gadis itu berdiri dibelakangnya dan menunduk kepalanya.Wajah Arcane dengan wajahnya sangat dekat.

"Eh?Bukan kau tidur ke,Nari?",soal Arcane.

Nari bergerak ke sebelah kanan lalu duduk disitu.

"Memanglah tidur.Tapi terdengar bunyi...",tangannya menutup mulutnya yang menguap.Matanya digosokkan sedikit,masih mengantuk.Arcane disebelah dipandang.

"Jadi,apa yang kau rungsingkan?",soal Nari.

"Ah....cuma tertanya,macam mana Mimi pengsan malam festival tu",jawab Arcane.

"Bukan ke Bunsen ada cerita tentang tu?"

Arcane memalingkan wajahnya kearah lain,pipinya yang tak gatal digaru.Nari melihatnya,sudah tahu apa maknanya.

"Lupalah tu.Tak pun,kau tak dengar langsung tentang tu.Fikiran melayang ke arah lain"

"Memang pun...",Arcane mengaku tentangnya.

Waktu mereka menerima berita tentang Mimi pengsan malam tu,Arcane memikirkan tentang perkara lain.Fikirannya penuh dengan saat-saat gembiranya bersama Nari difestival tersebut,dengan gadis itu memakai kimono lain.

Orang dilamun cinta,macam tulah jadinya.

"Bunsen tak tahu macam mana Mimi boleh pengsan malam tu,apa yang dia nampak,seorang lelaki aneh duduk disebelah Mimi yang dah tak sedarkan diri,dengan tangan kiri lelaki itu ada darah.Lelaki tu terus larikan diri apabila dia perasan kehadiran Bunsen",Nari berhenti bercerita sementara waktu,menguap lagi.

"Bila Bunsen pergi dekat Mimi,pinggang kanan Mimi berdarah.Sama ada lelaki itu lakukan atau apa,tak pasti.Cuma doktor kata,luka tu sebab kena tikam dengan objek tajam,macam jarum",sambung Nari.

"Eeh~Bunsen ada nampak tak muka lelaki tu?",soal Arcane.

Nari menggeleng kepalanya,perlahan.

"Tak nampak,sebab lelaki itu tutup mukanya dengan selendang.Tapi dia nampak rambut lelaki itu,macam warna biru perak...",suara Nari semakin perlahan.

"Hmph,mengantuknya.Aku nak tidur balik..selamat malam...",tanpa berlengah,dia terus bangun dan menuju ke biliknya.Baik tidur cepat bila tengah mengantuk ni sebelum rasa mengantuk tu hilang.

"Malam~",Arcane memandang Nari sehingga gadis itu masuk ke dalam biliknya.

"Aku pun nak tidur balik...",Arcane menguap lalu bingkas bangun.

------

Pada masa yang sama,di istana Asteon Kingdom,Mimi yang tidur dengan lena terjaga.Posisi baringnya terus ditukar kepada duduk diatas katil.Lehernya dipegang.

"Haus...",ucapnya.

Smartphone nya diambil,ingin melihat jam berapa dia bangun dari tidurnya.Tertera 3:30 A.M. di skrin smartphone nya,lalu dia campak dengan perlahan smartphone nya atas bantalnya.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now