Abyss of The World, iaitu sumber kehidupan, kewujudan, kematian dan segalanya untuk dunia.
Abyss of the World merupakan awal kewujudan kehodohan dan keburukkan yang dimiliki oleh manusia.
Abyss of The World melahirkan perkara buruk terhadap seluruh kehidupan.
Walaupun begitu, Abyss of The World mempunyai peranan yang sangat penting dalam keseimbangan.
Bukan sahaja keseimbangan terhadap Earth dan Magic World yang telah menjadi satu.
Ianya menjaga keseimbangan seluruh dunia dan dimensi berbeza yang wujud. Keseimbangan terhadap kewujudan mereka.
Mahukan bukti? Mari kita sambung semula kisah Millialkyrie, ketika dia cuba untuk membuka portal ke Abyss of The World untuk membawa Ratu Elis pulang semula.
▪️▫️▪️
"Portal ke Abyss of The World mempunyai dua jenis. Jenis yang pertama adalah, portal untuk membawa sesuatu yang lahir dalam Abyss of The World ke dunia ini"
Millialkyrie membaca penjelasan tentang portal Abyss of Thw World. Dia perlu mengetahui lebih lanjut tentang membuka portal sebelum melakukannya untuk mengelak perkara yang dia tak mahu berlaku.
"Ianya sama dengan apa yang terjadi semasa Ratu Elis hilang.Tapi,siapa yang buka portal tersebut?"
Millialkyrie menyelak halaman buku tersebut.
"Jenis yang kedua, portal untuk memasuki Abyss of The World. Membuka portal ke Abyss of The World memakan tenaga magik yang banyak, dan mempunyai risiko untuk mati.
Dan, setelah memasuki Abyss of The World...."
Millialkyrie membaca penjelasan seterusnya. Dia menutup buku tersebut, tanpa berkata apa-apa.
Dia memasukkan buku tersebut ke dalam beg pinggangnya.
Dia memakai semula beg tersebut.
Millialkyrie memejam matanya. Tangan kanannya diangkat, berada di paras dadanya.
Apabila dia menghayun tangan tersebut dengan pantas ke tepi, satu bulatan magik muncul di bawah kakinya, berwarna merah.
Bulatan magik tersebut kemudiannya bercahaya,dan cahaya merah tersebut semakin terang. Menandakan Millialkyrie perlahan-lahan mengumpul tenaga magik yang diperlukan untuk membuka portal ke Abyss of The World.
Matanya yang terpejam, perlahan-lahan dibuka,menunjukkan warna matanya yang berubah menjadi merah gelap.
Mulutnya dibuka, ingin membaca mantera.
Namun, belum suaranya dikeluarkan,
CLANG!
Rantai hitam, yang sama muncul membawa Ratu Elis pergi, sekali lagi memunculkan dirinya.
Kali ini, ianya melilit badan Millialkyrie, muncul daripada bulatan magik Millialkyrie,yang berubah warna merah menjadi hitam.
Diri Millialkyrie terus ditarik masuk ke dalam bulatan magiknya yang telah berubah menjadi sebuah portal, yang membawa dirinya ke Abyss of The World.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...