Selepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama.
Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...
BoBoiBoy: "Blaze,kau duduk situ diam-diam! Jangan pergi mana-mana!"
Blaze: "Beres bos!"
Maka,Elementals kecuali Blaze pergi menyiasat apa yang terjadi di luar kingdom. Sebaik saja mereka tiba, kelihatan penjaga hutan,Trey dan Ford bersama seseorang yang tak dikenali diselubungi api biru.
Trey: Apa kau nak ha?!?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arck: Kau berdua ke tepi! Aku ada urusan dengan budak dalam kerajaan ni!
Ford: Maksud kau BoBoiBoy?
Arck: Ya! Dia yang aku cari!
Ford: Kenapa kau cari dia?!?
Arck: Mungkin aku boleh bagitahu. Kalau kau berdua boleh kalahkan aku. *smug*
Trey: Apa kita nak buat ni?
Ford: Kau summon spirit air yang kita ada! Aku lengahkan dia...!
Arck: Kau hanya melambatkan kematian kau saja!! Nah!!
Arck hasilkan bebola api biru dan baling ke arah mereka. Ford hasilkan dinding kayu untuk lindungi mereka tetapi dinding kayu tersebut hangus menjadi abu dalam sekelip mata.
Ford: Kuatnya...!!
Arck: Takda siapa yang boleh tanding aku!
Ford: Oh ya? Yang ni macam mana?!?
Semua pokok di sekeliling mereka bergerak dan mengelilingi Arck membentuk kubah. Ford kemudian hasilkan bebola air yang besar di atas kubah kayu tersebut dan pecahkan, membasahi kubah kayu tu.
Ford: Itu akan halang dia untuk sementara...
Arck: Haha.....ahahahahaha!!! Ini je ke yang korang boleh buat?!?
Kubah kayu yang dibasahi air perlahan-lahan terbakar menjadi abu. Arck menyapu debu di bahunya dengan seringai tajam.