Meta memandang Athena dan Tetsu yang berada di hadapannya. Dia angkat tangan dan halakan ke arah mereka.
Meta: Glacial Ice Knight.
Ratusan kesatria ais terhasil dan berdiri di hadapan Meta,menjadi perisai dia. Athena menggenggam tangannya dan lepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah mereka. Tumbukannya memusnahkan sebahagian kesatria ais tetapi,sebilangan kecil kesatria bergerak ke kiri dan kanan mengelak serangannya.
Tetsu: ......
Tetsu memandang kesatria ais yang berlari ke arahnya. Dia pegang pedangnya tenang lalu....
Tetsu: Hmph.
Satu libasan pedang dari Tetsu membelah kesatria ais menjadi beberapa bahagian. Meta terkejut melihat kebolehan Tetsu tapi dia mengekalkan wajah tenang. Dia meneliti pergerakan Tetsu dan cuba cari kelemahan.
Meta: "Siapa dia ni? Macam mana dia boleh bergerak macam tu?"
Tetsu bergerak melepasi kesatria ais dan meluru ke arah Meta. Singa ais menjelma dan menghalang Tetsu dari dekat dengannya. Tetsu memandang singa ais yang muncul itu dan tarik keluar pedangnya dengan pantas, potong singa ais jadi dua dan simpan semula pedangnya sebelum Meta sempat berkelip.
Meta: *terkejut* Ha....?
Tetsu: Atuk ada pengalaman yang panjang dalam pertempuran. Pengalaman jauh lebih berguna berbanding teknik dan kuasa.
Athena: Hebatlah...!!
Athena angkat batang pokok dan baling ke arah kesatria ais dan memusnahkannya. Athena kemudian tahan serangan dari tepi dan genggam kesatria ais sehingga hancur. Dia berlari ke arah Meta dan lompat. Tangannya dirapat mengeluarkan sinaran emas terang.
Athena: Brawler Blast!!
Serangan Athena mengena dinding ais yang dihasilkan Meta. Meta berundur jauh ke belakang untuk elak tapi Tetsu muncul di belakangnya dan libas pedangnya.
Tetsu: Hmph!
Libasan pedang dielak dengan pantas tetapi,pipi Meta tercalar kerana serangan Tetsu yang pantas. Dia mendarat jauh dari Tetsu dan hilangkan bebola air.
Meta: Haunted Winter!!
Suhu persekitaran mereka menurun mendadak. Pokok dan semak-samun diselaputi lapisan ais yang tebal dan tanah di bawah membeku. Meta menghilang di sebalik kabus tebal dan jauhkan diri dari mereka berdua.
Tetsu: Hm.....kebolehan yang agak menyusahkan.
Tetsu menutup mata,fokus pada deria pendengaran untuk mencari kedudukan Meta. Suasana di sekelilingnya kedengaran senyap sunyi saja,langsung tiada bunyi tapak kaki atau pernafasan didengari.
Tetsu: ....?
Tiba-tiba,serangan mengejut datang dari tepi dan mengena Tetsu. Tetsu mengelak namun tidak cukup pantas kerana serangan tersebut membekukan bahunya.
Tetsu: ....
Athena: Mana kau!?! Keluar sekarang jugak!!
Athena berpusing mencari Meta. Terdapat bayangan seseorang menghampirinya dari belakang. Athena menoleh dan tahan serangan dari belakangnya tetapi...
SHRK!
Kaki kirinya ditikam serpihan ais yang tajam dan membekukan kakinya.
Athena: Aghk!!
Athena cabut serpihan tersebut dan buang ke tepi. Dia berpusing mencari Meta tetapi kabus tebal menghalang dia dari menemui Meta.
Athena: Main sorok-sorok pulak!!!
YOU ARE READING
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
FanfictionSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...