MENUJU PEPERANGAN

50 7 0
                                    

Selepas mendengar berita yang Kishi,Fay,Frey dan Rosa hilang semasa menuju ke Kradbur Kingdom, BoBoiBoy kumpulkan semua orang di rumah untuk berbincang.

Rumah BoBoiBoy diselubungi aura hitam yang mengerikan. Semua orang rasa marah,malah Sora yang biasanya penyabar dan Nana yang manja pun hilang sabar.

Theo,Zorg dan Grix bersembunyi di dapur untuk elak dari terkena tempias mereka.

BoBoiBoy: *senyap*

Miria: Tsk! Apa lagi yang mereka tak puas hati dengan kita!!?

Nana: Entahnya! Ini dah kira ajak berperang ni!!!

Sora: Kita kena buat sesuatu tentang mereka! Jangan ingat sebab kita diam, kita tak boleh buat apa-apa!!

Reverse: Macam mana.....kalau kita terus serang kerajaan yang ada kaitan dengan Crossheart Alliance?

Lady: Hm? Berapa banyak kerajaan yang ada kaitan dengan Crossheart Alliance di seluruh dunia? Banyak tu.

Casey: Memang banyak,tapi abang boleh uruskan mereka semua. Kan?

BoBoiBoy: Tak juga. Kalau nak uruskan mereka semua,ambil masa jugak.

Lady: Hmm......apa kata kalau kita-

BoBoiBoy: Tak. Kita takkan libatkan orang lain dalam masalah ni. Terutama sekali 8 King yang lain.

Miria: "Rasanya gergasi di Kepulauan Gergasi akan setuju kalau kita beritahu mereka apa jadi."

Reverse: Apa kita nak buat sekarang? Nak tunggu dan lihat atau nak angkat senjata dan serang mereka?

BoBoiBoy: Kita boleh buat macam tu, tapi kita tak tahu apa yang mereka boleh buat.

SEMENTARA ITU~

Ibu pejabat Knight Of Dark Crown. Pott arahkan pengikut Radell bawa Kishi,Fay,Frey dan Rosa ke bilik untuk dikurung. Bilik itu kelihatan normal, cuma tiada tingkap dan hanya ada satu pintu untuk keluar dan masuk.

Sebaik saja mereka diletakkan atas sofa,Pott mengarahkan semua orang keluar dan tinggalkan dia berseorangan di situ. Dia kunci pintu dan tahan dengan meja.

Pott: Heh! Sekarang....

Pott berdiri di tengah bilik dan...

SPLOCH!

Kepalanya meletup dan badannya jatuh. Parasit yang berada di dalam badannya keluar dan makan badan Pott dan bersihkan darah yang ada. Ia kemudian berubah menyerupai Pott.

Ia tolak meja ke tepi dan keluar dari situ. Sebaik saja parasit tu keluar, Arashi yang berada dekat dengan Rosa munculkan dirinya.

Arashi: Ugh....menjijikkan betul....

Arashi perhatikan bilik dia berada sekarang. Tiada tingkap,hanya ada satu pintu dan banyak perabot di situ.

Arashi: Hm.....apa kata....

SKIP TIME

Boboiboy kumpulkan semua orang di bilik mesyuarat termasuklah R.Crom dan Gora.

R.Crom: Maafkan saya BoBoiBoy. Saya sepatutnya sedar perkara ni lebih awal lagi.

BoBoiBoy: Tak apa. Ini bukannya salah kamu. Sekarang,apa rancangan kita? Sama ada kita tunggu dan lihat atau kita teruskan dengan peperangan?

Tetsu: Hm......kalau diikutkan, perbuatan mereka dah melebihi batas.

Zen: Kita tak boleh biarkan perkara ni! Kita kena serang balik!!

Ryuu: Tapi,macam mana kalau itu apa yang mereka nak? Culik anak BoBoiBoy untuk buat dia marah....

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Where stories live. Discover now