FIERY BATTLE JUNKIE

119 9 0
                                        

Ahli Seven Sins iaitu Solina,Zagrath, Arck dan Meta menyerang R.O.U.B.E.R Kingdom. Namun,mereka dihalang oleh Zen dan eksekutif yang lain.

Zen: Hiyargh!!

Zen melibas pedang berapi pada Solina namun tiada kesan. Barto baling kapak tulang pada Solina tapi dia tangkap dan patahkan dengan sekali genggam.

Solina: Apa kau nak buat sekarang ha?!

Zen: Kita boleh cuba gabungkan serangan kita.

Haru: Earth...

Hana: Splitting...

H&H: Stamp!!

Serangan Haru dan Hana menyebabkan tanah di sekeliling mereka merekah dan hancur. Zagrath berlindung dalam bebola kristal bagi mengelak serangan mereka.

Zen: Woah!! Woah! Mereka berdua ni kan...!!

Danny: Jarak serangan mereka terlalu besar! Hati-hati!!

Arck: Menyusahkan!

Arck meluru ke arah Danny namun dia melompat ke udara dan klon dirinya muncul dan mengelirukan Arck.

Arck: Kau boleh hasilkan klon diri kau!? Merimaskan betullah!

Api di badan Arck semakin menjulang tinggi. Roger mengetatkan sarung tangan dia dan ambil iron knuckel dalam poket baju dia dan pakai.

Roger: Harap-harap ini berjaya.

Gempa,Blaze,Halilintar dan Solar meluru ke arah mereka untuk membantu mengalahkan musuh.

Gempa: Kita berpecah! Aku ambil perempuan gergasi tu!

Halilintar: Aku peri tolong kak Haru dan kak Hana!

Blaze: Aku tahu siapa sasaran aku!

Solar: Aku uruskan siapa je yang ada atas Armoured Deltro tu!

Mereka berpecah menuju ke arah musuh masing-masing.

Solina cuba pijak Zen dan Barto. Zen mengelak dengan pantas hingga Solina hilang kedudukan dia. Barto mengambil peluang melompat ke arahnya dan gunakan Sky Walk memecut ke arahnya. Tangannya diselubungi tulang keras. Dia genggam tangannya dan....

Barto: Skull Knuckle!

Tumbukan Barto membuatkan Solina terseret ke belakang. Zen halakan pistol ke arah Solina dan tembak.

Zen: Flarenado Shot!

Tembakan api dilepaskan. Tembakan itu berpusing seperti ribut dan menghentam Solina sampai jatuh.

Solina: Ugh...!

Zen: *tiup pistol* Rasakan.

Haru dan Hana masih mengejar Zagrath dan cuba hentam dia. Zagrath mengelak setiap serangan mereka sebab dia tahu kalau dia kena serangan mereka walaupun sekali, habislah dia.

Zagrath: "Mereka ada kerjasama yang baik. Tapi gaya perlawanan mereka menyebabkan mereka terdedah."

Muncul percikan kilat di sekeliling mereka. Ada pedang halilintar meluru ke arah Zagrath namun dia tukar kulitnya jadi emas dan pedang halilintar terpelanting ke belakang.

Zagrath: .....

Hana: Itu....

Halilintar: Hey.

Halilintar muncul dan mengambil pedangnya. Dia halakan ke arah Zagrath dan matanya keluarkan percikan kilat merah.

Halilintar: Jagalah kau.

Zagrath: Aku tak kisah.

Arck terus membakar persekitarannya. Roger terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di belakang pokok. Danny muncul di sebelahnya dengan keadaan berpeluh.

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang