Seven Sins tewas kecuali Meta membuatkan Hakuma berasa berang. Dia buat keputusan untuk memimpin penaklukan ke atas dunia tersebut dan merampas takhta sebagai raja teragung.
Hakuma: Bangkit sekarang, Kratagora!!
Kratagora,raksasa di bawah kendalian Hakuma bangkit dari tidur. Saiznya jauh lebih besar dari gunung hinggakan gunung terlihat sangat kecil. Kratagora mendongak melepaskan ngauman yang memekakkan telinga.
Seringai tajam terukir di bibir tatkala Kratagora bangkit. Hakuma menepuk tangan dan bayang-bayangnya menjalar ke seluruh belakang Kratagora,menggunakan belakangnya sebagai kanvas bagi melakar makhluk pemusnah yang dahsyat.
Hakuma: Keluar sekarang bala tenteraku!! KELUAR!!!!!
Jutaan Winged Deltro,Armoured Deltro dan Ziragana menjelma dari bayang-bayangnya. Ziragana,ikan paus hitam keluar dengan tanduk seakan-akan gerudi di kepalanya menuju ke langit.
Melihat askar raksasa di hadapannya, Hakuma membuka portal ke dunia sana untuk memulakan penaklukan dia.
Petarung yang berada di setiap penjuru dunia sama ada masih bertarung atau dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat. Bagaimanapun,apa yang bakal terjadi akan menentukan nasib dunia tersebut.
Rekahan dimensi muncul di langit di seluruh dunia. Semua orang memandang rekahan yang muncul di langit secara tiba-tiba.
Di tempat BoBoiBoy dan Reverse menentang Karlos,kawasan persekitaran mereka musnah akibat impak pertarungan mereka.
Karlos: *panting*
Karlos mulai kepenatan. Walaupun staminanya menggunung pada awal pertarungan,tetapi skill yang dimilikinya tidak mampu memulihkan tenaga yang hilang di tengah-tengah pertempuran.
Manakala BoBoiBoy dan Reverse terduduk setelah berpuluh-puluh kali menyembuhkan kecederaan yang dialami. Reverse ambil kepala dia yang jatuh dan sambungkan semula dengan lehernya.
Reverse: *penat* Dia ni kan....
BoBoiBoy: Ya....dia jauh lebih teruk dari R.Shar yang naik istana bergerak dulu.
Rekahan dimensi muncul di atas mereka. BoBoiBoy dan Reverse memandang rekahan tersebut aneh manakala Karlos endahkan kejadian aneh itu. Fokusnya ditumpukan pada seteru di hadapannya tanpa pedulikan persekitarannya.
BoBoiBoy: Apa yang jadi ni??
Rekahan itu membesar,dan ratusan juta raksasa kegelapan meluru keluar menyerang dunia. Matanya membulat memandang Winged Deltro,Armoured Deltro dan Ziragana keluar dari rekahan itu menjunam ke arah mereka.
BoBoiBoy: Seriuslah?!?!
Reverse: Khh!!
Karlos: "Ha? Apa yang mereka cakap ni?"
Bila dia dongak ke langit,barulah dia sedar akan bencana yang bakal terjadi. Dia bangun dengan terhuyung-hayang,tangan yang memegang pedang menggeletar kerana kepenatan.
Karlos: Kita....hentikan sementara?
Reverse: Nampak gayanya.
Hakuma menyeringai tajam sebaik raksasa dihasilkannya keluar dari rekahan menutupi langit dunia.
Hakuma: Heheheh! Hahahahahahaha! HYAHYAHYAHYAHYAHYAHYAHYAHYAHYAHYAHYA!!!! AKHIRNYA!!!!!!!!!
Hakuma berasa gembira; dia koyakkan pipinya mendedahkan gigi dalam yang tajam bak mata pedang. Dia terbang keluar dari istana masuk ke dalam mulut raksasa gargantuar yang dipeliharanya. Dia menuju ke arah jantung raksasa itu,di mana terdapat jantung gergasi memerangkap Liar dan Aleya di dalamnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/312277805-288-k409783.jpg)
YOU ARE READING
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
FanfictionSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...