???: BoBoiBoy...!!
BoBoiBoy: Ha...!?!
T.Bers muncul di belakang mereka melalui portal. Di sebelahnya,Allocer dengan lebam di kepala dan badan berlubang seperti ditikam sesuatu.
T.Bers: Mari,kita pergi dari sini!
BoBoiBoy: Tapi tok-
T.Bers: Atok tahu apa kamu nak cakap. Tapi kamu tak sepatutnya berada di sini. Ini semua sebab di tangan empat ni.
Allocer: Heh! Biasalah Bers..!
T.Bers: Aku bukannya puji kaulah bongok.
Reverse: Atok,macam mana kalau mereka terjumpa Seven Sins?! Mereka takkan boleh lawan seorang pun ahli Seven Sins!
T.Bers: Sebab tu atok akan lawan bagi pihak mereka! Mari,kita kena-
KA-BOOM!
Kelihatan berlakunya letupan tak jauh dari mereka,di kaki gunung emas.
Reverse: Perlawanan dah bermula...
Gopal,Yaya,Ying dan Fang berhadapan dengan empat individu di kaki gunung emas. Di sebelah gunung itu,terdapat kristal yang mengeluarkan Winged Deltro tanpa henti. Dan mereka berhadapan dengan empat ahli Seven Sins iaitu Dhante,Zagrath,Odette dan Kirala.
Dhante: *growl* Lama lagi ke!?
Kirala menghasilkan feromon yang mencairkan batu keras di kaki gunung manakala Zagrath makan emas dan mineral yang dia jumpa.
Kirala: Kau lawan mereka dulu!
Dhante: Tch!
Fang: Apa korang buat kat sini ha!?
Odette: Perlu ke kami bagitahu kau?
Yaya: Apa kita nak buat sekarang Fang!?
Fang: Kita serang mereka serentak! Mari!
Gopal: Food Transformation!
Tanah di bawah mereka bertukar jadi mentega.
Dhante: Ha...?!
Yaya terbang ke arah Dhante dan tumbuk dada dia. Dhante terseret ke belakang namun dia bertahan dan meluru ke arah Yaya.
Dhante: Mari sini kau!
Ying: Thousand Kick Rush!
Ying menendang Dhante dari sisi. Tendangan demi tendangan dilepaskan tetapi Dhante menangkap kaki Ying dan baling dia jauh. Fang menangkap Ying dengan helang bayang dan dia menyerang Dhante dengan tangan bayang.
Fang: Shadow Arms!
Tangan bayang muncul dan memegang Dhante,menghalang dia dari lepaskan diri. Odette menyentuh tangan bayang dan ia berubah menjadi debu.
Fang: Apa?!
Dhante: Patutlah tuanku suruh kau ikut sama!
Odette: Apa saja. Aku tak kisah...
Yaya: Gravity Knuckles!
Yaya menumbuk Dhante tetapi Odette menghalang dengan tangannya. Dia tolak Yaya ke tepi dan campak ketulan batu ke arahnya.
Ying: Slow Time!
Ying memperlahankan ketulan batu dan Yaya menumbuknya dengan kuasa graviti,meningkatkan kelajuan dan impak ketulan batu itu.
Dhante: Heh!
Dhante buka mulut dan sedut ketulan batu dan telan. Dia jilat bibir memandang Yaya dan Ying di hadapannya.
Ying: Erh...dia makan batu!
Fang: Rasakan ni pulak!
Fang datang ke arah mereka dan selubungi badannya dengan bayang. Dia bertukar menjadi separa beruang bayang dan menampar Dhante dan Odette serentak.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
FanfictionSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...