Ballam,Thania dan Marie cuba menyerang R.O.U.B.E.R Kingdom di waktu malam bersama ratusan golem yang dihasilkan di ibu pejabat Knight Of Dark Crown. Namun,mereka dihalang oleh Black Number iaitu Sabah dan Flor Azul.
Ballam: Ergh.....ahh....
Ballam cuba gabungkan semula badannya selepas dipotong oleh Sabah. Thania memfokuskan serangannya ke arah Flor Azul namun,fokusnya kini tertumpu pada Sabah yang mengoyakkan sayap Marie.
Thania: Kau...!!!!!
Thania tinggalkan Flor Azul dan terbang ke arah Sabah. Dia tendang Sabah dengan kaki diselubungi api namun...
Sabah: Ke tepi.
Sabah menepis serangannya dan tampar Thania sampai dia terhempas ke tanah.
Thania: Aghk...!!!
Sabah memegang sayap Marie yang dikoyakkan. Dia lepaskan pegangannya pada Marie dan buang sayapnya.
Sabah: Ini saja kebolehan kamu bertiga? Kufufufu.....
Flor Azul menguap dan keluarkan bantal dari dalam jaket dia.
Azul: Baik aku tidur dulu sementara mereka tengah sibuk dengan Sabah. Tak pasal-pasal aku kena bangun lagi.
Flor Azul tidur sementara Ballam, Thania dan Marie berhadapan dengan Sabah.
Ballam berjaya satukan dirinya semula. Dia hasilkan pedang ais dengan bilah tajam dan hayun ke arah Sabah sekuat hati.
Ballam: Gale Blade!!
Libasan pedang Ballam mengena badan Sabah tetapi tiada kesan. Sabah memandang Ballam dan perlahan-lahan,dia tersenyum.
Sabah: Jadi....magik elemen angin dan kebolehan Spirit Beast yang mengawal ais.....menarik....
Ballam: Berapa lama kau boleh berlagak ha?!?!
Ballam meluru ke arah Sabah dan hentam dia dengan pedang ais. Sabah membiarkan pedang ais mengena badannya dan pandang Ballam dengan senyuman.
Sabah: Kamu yakin kamu patut berada dekat dengan saya?
Tangan kiri Sabah bertukar menjadi sabit dengan enam mata. Dia tikam tangan Ballam dan mata di sisi sabit itu bersinar.
Ballam: Apakah...?!
Sabah: Shh~
Tangan Ballam bertukar jadi batu dan hancur. Dia melompat ke belakang, memandang tangannya yang telah tiada.
Ballam: Kau.....Kau....KAU!!!!!!
Marie: Nanti dulu!!
Marie mendarat di sebelahnya. Dia halakan tangan ke atas dan puluhan bulu burung diperbuat dari cahaya muncul dan menikam Sabah.
Marie: Kau jangan terus serang dia! Kau nak mati ke?!
Ballam: Grrr!
Thania berjalan ke arah mereka. Dia kembangkan ekornya dan corak di ekornya mulai terbakar.
Thania: Betul tu. Kita kena buat sesuatu tentang dia ni. Atau tempat ni.
Ballam: Kau pun perasan...?
Marie: Ya....tempat bersalji ni.... menyebabkan manaphore kita berkurangan....
Flor Azul jeling mereka bertiga dari belakang. Dia bangun dan duduk sambil peluk bantal.
Azul: "Jadi mereka perasan rupanya..."
Sabah: Kufufufu. Baiklah,apa kata kita buat macam ni? Kamu bertiga, serang saya sesuka hati kamu. Saya takkan halang.
Thania: Apa?
ANDA SEDANG MEMBACA
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
FanfictionSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...
