Jemputan dikirimkan ke seluruh dunia buat para pemimpin negara.
Jika jemputan tersebut datang dari negara lain,sudah pasti tak ramai yang menyahut jemputan itu. Tetapi, sekiranya jemputan datang dari salah seorang 8 King,yang juga merupakan seorang Demon Lord,tiada yang berani berdiam diri.
Kurang dari sebulan, pemimpin negara dari seluruh dunia berkumpul di God Tower,menara di tengah lautan yang menjadi tempat rasmi berkumpul para pemimpin.
Ratusan ribu kapal berlabuh di God Tower, dan para pemimpin dibawa terus ke puncak menara bagi memulakan perjumpaan mereka. Mereka tidak perlu gunakan tangga seperti sebelumnya. Sebaliknya,ada platform di tengah-tengah menara yang akan bawa mereka ke puncak menara yang dikendalikan golem yang menjaga menara.
Setibanya di puncak menara, kelihatan tiga 8 King sudah sedia menunggu mereka: Lady, Miria dan Zorg,dengan sebuah cermin besar diletakkan di belakang kerusi sebelah Miria.
Satu persatu pemimpin negara tiba. Sebaik sampai,mereka duduk di meja bulat bagi memulakan Royal Reverie.
Lady: Sebelum kita bermula,saya ada sesuatu yang saya ingin sampaikan. Pertama sekali,terima kasih kerana datang walaupun dalam situasi seperti ini.
Pemimpin negara berpandangan sesama sendiri. Ada di antara mereka yang risaukan keselamatan negara sendiri,ada yang fikir tentang cara nak buka laluan perdagangan dengan negara lain,tak kurang juga mereka yang rasa penat dengan bencana yang menimpa dunia.
Lady: Saya tahu apa yang kamu semua fikirkan,tapi saya ada jawapannya.
Salah seorang pemimpin negara mengangkat tangan dan melontarkan soalan.
Q.Cathlyn: Bagaimana dengan negara raksasa? Apa pendapat mereka tentang perkara ni?
R.Ghus: Ya! Sebagai negara yang mengakibatkan peperangan,banyak di antara kami yang terkena tempias! Negara kami pun tak mampu bertahan dari serangan makhluk pelik tu!
Pemimpin negara lain mula menyuarakan ketidakpuasan terhadap R.O.U.B.E.R Kingdom susulan ucapan dari R.Ghus yang tidak terlibat dengan peperangan.
Miria mengeluh,melihat pemimpin negara yang dirasakan tidak faham akan situasi semasa.
R.Crom: Nanti dulu! Kenapa R.O.U.B.E.R Kingdom yang harus dipersalahkan? Bagaimana dengan Crossheart Alliance dan negara yang terlibat? Apa tangan mereka bersih dalam hal ni?
R.Ghus: Tak! Tapi tak bermakna kami yang duduk tepi harus terkena tempias pertelingkahan kamu! Kami cuma nak hidup aman!!
Debat di antara mereka bagai menuang minyak ke dalam api, menghangatkan lagi situasi. Lady yang mempengerusikan perjumpaan itu menggeleng kepala melihat keadaan bertambah kecoh.
R.Ghus: Di mana raja kerajaan raksasa tu?! Kenapa dia tak datang!? Agenda apa pula yang dia rancang kali ni?!
Miria rasa nak hempuk kepala R.Ghus dengan tangan berlian. Dia lipat lengan baju,bila dia terdengar suara raja raksasa yang juga suaminya.
BoBoiBoy: Rancak berborak.
BoBoiBoy tiba-tiba bersuara,menarik perhatian semua yang berada di situ. Dia keluar ikut cermin senyap-senyap dan duduk di kerusi dia, memerhatikan gelagat setiap pemimpin negara.
Sayap naga dikeluarkan,menjadi mantel yang menutupi belakangnya, tanduknya turut diperlihatkan. Topi dino oren dipusingkan dan diturunkan menutupi matanya.
BoBoiBoy: Jadi......saya dengar kamu semua salahkan saya atas peperangan yang berlaku baru-baru ni. Tapi.....
Smartphone dikeluarkan dan diletakkan atas meja. Dia ketuk skrin telefon dan imej dokumen-dokumen penting dari pelbagai negara diperlihatkan kepada semua yang ada.
ANDA SEDANG MEMBACA
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
Fiksi PenggemarSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...
