BoBoiBoy dan Reverse dalam perjalanan ke stesen TAPOPS bersama Demon Lord lain menaiki kapal angkasa Fang.
Gopal: Jadi....kau sebenarnya dihantar ke dunia lain lepas kau mati?
BoBoiBoy: Ya.
Fang: Dan kau pergi ke dunia yang ada magik dan...
BoBoiBoy: Ya. Aku ada kerajaan aku sendiri.
Gopal dan Fang memandang satu sama lain.
Gopal: Dan kau dah kahwin dan ada anak?
Reverse: Empat orang anak perempuan. Dua daripada mereka adalah kembar.
Gopal: Dan perempuan ni isteri kau?
Mereka memandang Miria yang peluk tangan BoBoiBoy dan Reverse dan rehatkan kepala pada bahu BoBoiBoy.
Reverse: Macam yang korang nampak,dia isteri kami.
Miria: Hai.
G&F: *air mata darah* Kitorang gembira untuk kau!!!! Sangat!!!
BoBoiBoy: "Jelas sekali korang cemburu melebih..."
Selepas Yaya dan Ying sedar,mereka pergi ke bilik kawalan dan terkejut melihat BoBoiBoy dan Reverse bersama Demon Lord lain. Mereka pada mulanya tak percaya tapi lepas tunjukkan bukti baru mereka percaya.
Yaya: Tak sangka kau betul-betul ke dunia lain.
Ying: Yalor! Ingatkan dalam anime saja yang buat macam tu!
Reverse: Ada banyak benda yang korang tak tahu.
Ryuu,Theo,Gora,Keldra,Ryva,Sasalia, Meredith dan Crystal terpaku melihat kapal angkasa Fang yang....sangat luar biasa bagi mereka.
Ryuu: Bilik apa ni? Kenapa lantai dan dinding ni dibuat dari besi?
Theo: Teknologi apa yang mereka gunakan!? Aku nak tahu...!!!
Ryva: Reka bentuk benda ni....sangat menarik.
Sasalia: Dan besi yang digunakan berkualiti.
Crystal: Kalau ini mimpi,dah lama aku lompat keluar ikut tingkap.
Reverse: "Apa kita nak buat dengan mereka?"
BoBoiBoy: "Bawak mereka sekali ke stesen TAPOPS. Selebihnya,kita fikirkan kemudian."
Miria: "Darling berdua nak buat apa pergi ke tempat TAPOPS ni?"
BoBoiBoy: "Untuk jumpa kawan lama."
K.Kaizo dalam kapal angkasa dia, memandang kapal angkasa Fang. Lahap merawat kecederaan akibat dijentik Reverse sampai terpelanting.
Lahap: Kapten pasti ke ini idea yang baik?
K.Kaizo: Aku harap aku silap. Tapi aku masih ragu-ragu dengan mereka. Terutama sekali kawan baru yang mereka bawa naik kapal angkasa.
Lahap: Nak saya laporkan pada komander?
K.Kaizo: Tak perlu. Biar komander dan laksamana sendiri yang lihat mereka.
Semua kapal angkasa kembali ke stesen TAPOPS. Sebaik saja tiba di stesen,K.Kaizo pakai jaket dia dan terus ke bilik kawalan untuk laporkan pada K.Kokoci dan L.Tarung.
Theo: BoBoiBoy....tempat apa ni?
BoBoiBoy: Ini....tempat aku pernah kerja dulu.
Meredith: Menakjubkan....
Fang: Mestilah. TAPOPS bertindak sebagai penyelamat power sfera dan-
Reverse: Bukan itu yang dia maksudkan. Betul tak?
YOU ARE READING
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
FanficSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...