BoBoiBoy: Serius?
Miria: Ya darling.
BoBoiBoy dan Miria dapat surat dari K.Haikal,raja puak gergasi mengatakan dia mahu berjumpa dengan mereka.
Miria: Ada apa dia nak jumpa kita?
BoBoiBoy: Tak pasti. Tapi mungkin ini perkara penting.
Miria: Nak ajak siapa lagi?
BoBoiBoy: Hm....kalau kita semua pergi,siapa nak jaga Kishi dan yang lain?
Miria: Itulah. Hmm....
Mereka berdua memikirkan siapa yang patut diminta untuk jaga anak-anak mereka. Kalau Ryuu,dia agak sibuk. Theo pun sibuk uruskan Over Dungeon.
BoBoiBoy: Ha! Abang tahu siapa boleh tolong kita!
SKIP TIME
Sanya: Kenapa....
Sanya dipilih untuk membantu menjaga Kishi,Fay,Frey dan Rosa sementara BoBoiBoy sekeluarga pergi ke Kepulauan Gergasi.
Miria: Tak lama pun akak pergi. Dalam seminggu macam tu.
Sanya memandang Fay dan Frey yang tengah tenung sayapnya tanpa berkelip. Kishi baring atas belakang Zorg dan Rosa baca buku di ruang tamu.
Sanya: Hmm......akak balik cepat okey?
Miria: *smile* Okey.
Miria memeluk Sanya sebelum dia terbang pergi ke pelabuhan. Sanya tutup pintu dan duduk di sebelah Rosa yang sedang khusyuk baca buku.
Sanya: Apa nak buat ya saya?
Frey: Auntie....
Sanya: "Auntie!?!?" Ya? Ada apa?
Fay dan Frey tengok sayap di belakangnya dengan rasa curiga. Mereka hulurkan tangan dan cakap...
F&F: Nak main?
Sanya: Eh?
SEMENTARA ITU
Miria: Semua barang dah ada darling! Kita dah boleh pergi!
Mereka gunakan kapal sama yang mereka gunakan sebelum ni berlayar ke Kepulauan Gergasi. Lady duduk di tempat kemudi kapal,mengawal arus air membawa mereka ke Kepulauan Gergasi.
Nana: Macam mana ya Kepulauan Gergasi ni? Mesti semua benda besar.
Sora: Mestilah. Nama pun Kepulauan Gergasi. Tapi.....mereka ada tempat dan kemudahan untuk orang macam kita?
BoBoiBoy: Ada. Mereka ada kemudahan untuk orang yang lebih kecil dari mereka. Tapi majoriti benda di sana besar belaka.
Casey: Hm....kalau ada benda yang menarik,kita boleh beli buah tangan untuk Rosa.
Miria: Cakap pasal buah tangan,kita ada duit yang cukup kan?
BoBoiBoy periksa duit yang dibawanya. Dia bawa syiling emas dan syiling gangsa untuk digunakan di Kepulauan Gergasi.
BoBoiBoy: Ada. "Nasib baik mata wang dunia ni semua sama."
Kapal yang dinaiki mereka berlayar meninggalkan pelabuhan menuju ke Kepulauan Gergasi.
SKIP TIME
Malamnya,Sanya pergi ke rumah sebelah untuk ambil makan malam dari Riko.
Sanya: Maaf kalau menyusahkan.
Riko: Tak apa. Bukan selalu mereka sekeluarga tinggalkan rumah untuk kerja. Jarang mereka nak pergi lama-lama.
Sanya kembali ke rumah bersama masakan Riko. Bila dia masuk rumah, dia nampak Kishi terapung dan melekat di siling,Fay dan Frey duduk bawah perisai dan ikut Grix berjalan macam kura-kura. Rosa tak kelihatan di mana-mana.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
FanfictionSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...