HALILINTAR PERKASA

218 11 2
                                        

Barto: Hiyargh!

Barto menumbuk burung ungu yang menyerangnya sampai berlubang. Dia dan beruang lain teruskan berlawan di samping Roger dan goblin lain. Sementara itu,BoBoiBoy bersama Gempa dan Halilintar menolak tenggiling raksasa ke belakang.

Gempa: Tolak dia...!!

Mereka bertiga berganding bahu menjauhkan tenggiling raksasa tu dari kerajaan mereka. Ais yang berada di kawasan rumah perhatikan keadaan mereka dengan matanya yang tajam.

Ais: Besar betul tenggiling tu.

Dark: Kan? Macam mana boleh jadi besar macam tu?

Ais memandang status raksasa yang menyerang mereka.

Armoured Deltro (tenggiling)

Winged Deltro(burung ungu)

Ais: Armoured Deltro dan Winged Deltro. Lain betul nama.

Gempa menarik ekor Armoured Deltro manakala Halilintar dan BoBoiBoy menolak kakinya ke belakang.

BoBoiBoy: Ergh...!!

Armoured Deltro mengaum. Ia mengumpulkan tenaga di mulutnya dan sasarkan rumah mereka.

BoBoiBoy: Dia nak hancurkan rumah kita!

Halilintar: Tak guna....!!

Halilintar summon pedang berkembar dan terbang ke arah matanya dan tikam.

A.D: GYAAAAAAAAA....!!

Halilintar: Kau jangan nak memandai!

Halilintar cabut pedang dan terbang ke belakang. Dia melibas belakangnya dengan pedang halilintar tetapi sisiknya yang keras melindungi dirinya.

Halilintar: Tch! Keras betul sisik tenggiling ni! Kalau macam tu....

Halilintar berhenti berlari dan tumpukan pedang pada satu bahagian. Dia tikam belakangnya dengan pantas dan tepat.

Halilintar: Rasakan ni!

Halilintar berjaya mendedahkan daging yang tersembunyi di bawah lapisan sisik yang keras. Dia satukan pedang menjadi tombak dan cucuk belakang Armoured Deltro dalam dan salurkan tenaga elektrik yang banyak.

Halilintar: Storm Discharge!!!

A.D: GYAAAAAAAAAAAA....!

Armoured Deltro berhenti bergerak seketika kerana lumpuh. Gempa yang perasan akan perkara tu segera menarik ia ke belakang dengan lebih kuat.

Gempa: Haaaaaa....!!

BoBoiBoy membantu menolak ia ke belakang. Bersama,mereka berdua berjaya jauhkan Armoured Deltro dari kerajaan mereka.

Gempa: Earth Shackle!

Tangan tanah yang besar muncul dan menahan Armoured Deltro dari larikan diri. Tiba-tiba langit menjadi mendung. Awan hitam berkumpul di atas R.O.U.B.E.R Kingdom dan kilat merah sambar menyambar.

Gempa: Dia dah mula dah.

Halilintar memfokuskan kuasanya untuk hapuskan Armoured Deltro dan kalau boleh Winged Deltro sekali.

Halilintar: Tak cukup! Aku perlukan lebih lagi!

Halilintar terus mengumpulkan kuasanya. Melihat perkara itu, BoBoiBoy membaling beberapa pedang halilintar pada Halilintar untuk menambahkan kuasanya.

Gempa: Semua orang berlindung cepat! Ada ribut nak melanda!

Roger: Apa dia tuan?! Saya tak berapa dengar!!

Gempa: Saya cakap berlindung cepat! Ada ribut nak melanda!

Roger dan Barto dan semua orang segera masuk ke dalam kingdom dan bersembunyi di sebalik dinding tulang. Halilintar halakan tangan kanannya ke arah Armoured Deltro yang masih lumpuh dan....

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang