DURI DALAM DAGING

54 6 0
                                    

Pott,pengetua sekolah di R.O.U.B.E.R Kingdom,sebenarnya adalah perisik untuk Crossheart Alliance. Dia menyalurkan maklumat kepada mereka secara senyap untuk elak dari ditangkap.

Pott tersenyum sinis melihat nama anak-anak BoBoiBoy dalam senarai pelajar sekolah.

Pott: Macam mana aku nak bawa mereka keluar? Patut ke aku cuba adakan lawatan ke luar? Tapi ke mana?

Sementara itu,Sabah berbincang dengan Shirayuki dan Jenny tentang tindakan yang perlu diambil.

Sabah: Bagaimana kita nak beritahu tuan tentang perkara ni?

Shirayuki: Kenapa?

Jenny: Kau tak tahu. Manusia pernah cari masalah dengan tuan sebelum ni. Dan sekarang,kerajaan di benua jiran kita dah bertukar jadi kilang gergasi dan penduduk di sana berpindah ke kingdom berdekatan!!

Shirayuki: Oh....

Sabah: Aku rasa,kalau tuan tahu tentang perkara ni,mungkin kita akan berperang lagi. Tapi kali ni,dalam skala yang lebih besar.

Shirayuki: Jadi kita tak perlu risau tentang peperangan. Melainkan....

Jenny: Ya. Apa pandangan tuan tentang perkara ni?

Sabah: Kita kena fikir macam mana nak uruskan perkara ni tanpa menimbulkan kemarahan tuan.

Sedang mereka berbincang,mereka tak sedar yang Flor Azul berada di sebalik timbunan kotak lama. Dia sedang tidur tetapi terjaga bila dia terdengar perbualan mereka.

Azul: Perisik dari pihak musuh? Kita akan berperang ke? Malasnya~~!!!!

SKIP TIME

Waktu malam. BoBoiBoy sedang berehat di ruang tamu bersama Neki. Dia garu kepala Neki dan Neki jilat gesel kepalanya pada BoBoiBoy.

BoBoiBoy: Hehehe....

Zorg: BoBoiBoy,kau nak tahu tak?

BoBoiBoy: Apa dia...?

Zorg: Anak kau,Fay dan Frey masuk kolam belakang rumah dengan perisai yang dia buat dari kadbod.

BoBoiBoy terus menghilang dari situ. Zorg duduk atas sofa tempat BoBoiBoy duduk dan baring sambil menyelimuti dirinya dengan sayapnya.

Zorg: Senang sikit aku nak tidur.

Neki: Kenapa kau cakap macam tu? Nanti tuan jadi panik tahu tak?

Zorg: Masalahnya memang betul budak kembar tu masuk kolam guna perisai kadbod.

Neki: Oh....

Zorg: Sementara dia takde kat sini, aku nak cakap sikit dengan kau.

Neki: Apa dia??

Zorg: Bersedia. Keadaan boleh jadi buruk bila-bila masa je.

Neki: Dah tentu. Kenapa kau cakap macam tu?

Zorg: Entah kenapa aku rasa tak sedap hati.....

Zorg merehatkan kepalanya dan tidur sementara BoBoiBoy dukung Fay dan Frey dan bawa mereka masuk rumah.

SKIP TIME

Boboiboy: Hm? Lawatan ke luar?

BoBoiBoy menerima cadangan dari Pott untuk mengadakan lawatan ke Kradbur Kingdom. Dia nak bawa pelajar sekolah rendah dan menengah yang berminat untuk sertai lawatan tersebut.

Pott: Ya tuan. Saya rasa ini idea yang baik untuk pelajar kita luaskan pandangan mereka.

BoBoiBoy: Hm.....saya tak pasti. Baru beberapa minggu mereka mulakan persekolahan. Kelab dan persatuan masih belum ditentukan.

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Where stories live. Discover now