Cahaya mentari pagi menjengah masuk melalui langsir yang melambai. Selimut ditarik menutupi tubuh, kelopak mata terasa berat.
BoBoiBoy masih di atas katil, dipeluk isterinya Miria dengan erat.
BoBoiBoy: Ugh...dah pagi. Malasnya nak bangun...
Miria: Tidur jelah darling. Biar kita bermanja bersama~
Suara berdehem kuat menarik perhatian mereka berdua; terlihat Nana di pintu bilik bersilang tangan dengan Fay dan Frey mengintai dari belakang.
Nana: Abang lupa ke hari ni hari apa?
BoBoiBoy: *blink²* Hari ni...?
Fay: Papa janji nak bawa kami balik kampung papa.
Frey: Haah.
BoBoiBoy: ...Alamak.
Nana: Semua orang dah tunggu! Pergi mandi cepat!
BoBoiBoy bingkas bangkit dan mencapai tuala, namun Miria mengetatkan pegangannya pada pinggang BoBoiBoy.
Miria: Lima minit lagi, darling?
BoBoiBoy: Err...
Dia pertimbangkan pilihan dia; antara Miria dengan mata bulatnya dan Nana bercekak pinggang di pintu bilik serta Fay dan Frey yang tersengih-sengih macam kambing.
BoBoiBoy: Kita sambung nanti jelah sayang. Nak cepat ni.
Miria: *pouting* Alah~
Miria melepaskan pegangannya dengan tidak rela dan tarik selimut. BoBoiBoy menyangkut tuala di leher dan masuk ke bilik mandi. Nana turun ke bawah bersama Fay dan Frey pergi ke dapur.
Lady, bersama-sama Casey dan Sora, masak sarapan bersama. Nana masuk ke dalam dapur dan mencapai balang berisi biskut oat sebelum duduk di meja makan.
Lady: Bangun dah mereka berdua?
Nana: Dah.
Sora: Bagilah mereka masa bersama. Dekat dua minggu jugak mereka terpisah sebab kertas kerja.
Nana: Tapi itu tak bermakna mereka boleh buat itu ini sepanjang malam sampai tak tidur. Nasib baik kita hantar yang lain pergi rumah sebelah.
Fay dan Frey duduk di ruang tamu, membelai lembut ekor dan belakang Neki. Zorg baring atas sofa di sebelah mereka bersama Grix manakala Theo mengajar Kishi cara hasilkan senjata origami.
Selepas kejadian beberapa tahun lalu, dunia kembali seperti sedia kala -- tak terlalu aman tapi tak kecoh juga.
Para Demon Lord serta 8 King menandatangai perjanjian yang menyatakan mereka akan bekerjasama untuk kemakmuran dan kemajuan dunia, namun kebanyakan pemimpin dunia salah tafsir perjanjian mereka sebagai permulaan kepada peperangan halus.
Kerajaan BoBoiBoy, Miria, dan Ryuu digabungkan menjadi satu empayar yang dinamakan Jiyū Federation.
Kini, ia menjadi negara yang mengetengahkan hak sama rata terhadap semua tanpa mengira bangsa mahupun kerakyatan.
Di pagi yang kurang aman itu, seluruh isi rumah menjalani rutin harian mereka dalam suasana tenang dan aman. Namun...
BZZT! VRRRR! KWHOOOM! BOOM! THOOM! KA-POW!
Solar: *huff*...*huff*... Boleh tahan...
Amira: *lap peluh* Ya.
Amira lap peluh bercucuran di dahi manakala Aleya di belakang terkulai jatuh akibat kepenatan. Halilintar dan Storm baring di sebelah dia bukan kerana kepenatan, tapi sebab mereka malas nak hadap Solar bila dia mula berlagak.
ANDA SEDANG MEMBACA
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
FanfictionSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...
