Festival Musim Panas masih diteruskan. Hari ketiga festival diteruskan seperti biasa. Pengunjung datang dan banyak gerai dibangunkan pedagang untuk menjual produk dan barangan mereka.
Antara pedagang yang datang adalah seorang lelaki yang pernah menyertai Winter Game dan bertemu BoBoiBoy di Shau Kingdom bernama Karlos.
Karlos kini berada di kawasan pasar, memandang orang ramai yang datang untuk festival.
Karlos: Ramai betul orang yang datang. Macam mana mereka boleh terfikir untuk adakan festival macam ni?
Karlos merupakan salah seorang pedagang yang datang ke R.O.U.B.E.R Kingdom untuk menjual barangannya. Tetapi,dia ada urusan lain selain menjual barangan.
Karlos berlalu ke arah lorong gelap dan bersembunyi di sebalik timbunan kotak kayu. Dia keluarkan bola kristal dari beg galas dia dan hubungi seseorang.
Karlos: K di sini. Saya berada di R.O.U.B.E.R Kingdom sekarang ni.
???: Bagus! Pastikan kau kumpul maklumat untuk kita jatuhkan mereka!!
Karlos: Baiklah. Oh ya. Bagaimana dengan golem yang dihasilkan?
???: Masih belum siap. Kita perlukan lebih banyak bantuan untuk kita siapkan golem ni.
Karlos: Baiklah. Saya pergi dulu.
Karlos simpan bola kristal dan berjalan pergi dari situ. Tetapi,dia tak sedar Wanderer dengar apa yang dia cakap dan menghilang untuk laporkan pada Danny.
BoBoiBoy kini berada di pejabat,dibanjiri kertas kerja dan ditemani Ryuu dan Miria.
Ryuu: Kenapa kita bertiga tak boleh pergi festival?! Aku nak pergi..!!!!
Miria: Kau rasa kau boleh lepasi mereka?
Sanya berada di luar pejabat bersama rotan buluh dan Hort,pembantu Ryuu memegang batang besbol. Mereka berdua pastikan semua kertas kerja disiapkan atau takde siapa boleh balik.
BoBoiBoy: Adik iparku kejam...
Danny muncul di sebelah BoBoiBoy dan letak sebuah fail dan menghilang. BoBoiBoy mengambil fail tersebut dan baca. Beberapa saat kemudian, tanduk dan sayap naga dia keluar dan ekornya tumbuh duri.
Miria: Kenapa darling..??
BoBoiBoy: *smile* Takde apa. Cuma...
BoBoiBoy menyimpan fail tu dalam laci meja. Dia melempar pandangan keluar ke arah bandar yang riuh dengan pengunjung yang datang.
BoBoiBoy: Ah~!!! Nak pergi!!
KEBISH!!
Sanya: Abang nak pergi mana~??
BBB,M: Hieee...!!!!
SKIP TIME
Karlos berjalan-jalan di sekitar festival,mengumpul maklumat dengan meneliti persekitarannya.
Karlos: "Kalau tak salah,kerajaan ni ada anggota keselamatan dipanggil Runner tapi..."
Karlos mendongak memandang ke arah bumbung rumah yang kebiasaannya dilalui Runner.
Karlos: "Pelik. Mereka tak kelihatan di mana-mana. Mungkin..."
Sedang dia berjalan,dia ternampak Lady dan Casey bersama Rosa dan Kishi berjalan bersama.
Kishi: *makan biskut*
Rosa: Kita nak pergi mana mak?
Casey: Hmm.....apa kata kita pergi kedai baju. Mak teringin nak cari baju baru untuk anak mak ni.
Lady: Untunglah kau ada anak.
Casey: Nanti kau akan tahu rasa ada anak bila tiba masanya.
Karlos bersembunyi di lorong gelap. Dia memandang mereka berdua dari jauh dengan berhati-hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
Fiksi PenggemarSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...
