PRELUDE TO TRAGEDY

50 6 0
                                    

Selepas dapat tahu Lesya dibuli di sekolah,Blanche bertindak mengikut Lesya ke sekolah dalam diam untuk lindungi dia. Namun,perbuatan dia menyebabkan dia jadi keliru dengan dirinya.

Blanche: "Kenapa aku buat macam ni? Dia cuma manusia..."

Dia tidak tahu kenapa dan apa yang menyebabkan dia jadi begitu. Apa yang dia tahu,dia kena lindungi Lesya dari masalah semasa di sekolah.

Suatu hari,semasa Lesya berjalan ke kelas,ada sekumpulan pelajar melanggar bahunya dan buku yang dipegangnya terlepas dari tangan. Mereka memijak buku tu dan lari dari situ. Lesya mengambil buku tu dan berjalan pergi ke kelas seperti tiada apa yang terjadi.

Blanche mengekori kumpulan pelajar yang membuli Lesya dan balas balik. Dia hasilkan patung lilin tanpa wajah dan serang mereka semasa mereka bersendirian.

Keesokannya,pelajar yang membuli Lesya tidak munculkan diri si sekolah lagi. Lesya berasa pelik dengan kejadian tu tapi dia tak tahu yang Blanche yang buat. Blanche yang sedang duduk atas bumbung bangunan,ketawa kecil mendengar berita tersebut dari salah satu demon yang dia hantar untuk lindungi Lesya.

Blanche: Hehehe.....manusia tak pernah menghampakan.....

Sejak itu,Lesya dah kurang dibuli tapi semua orang menjauhkan diri dari dia termasuk guru. Lesya tak kisah sebab dia nak belajar dengan keadaan yang tenang.

Suatu hari,semasa Blanche sedang merekod herba di makmalnya,Lesya pulang dengan keadaan comot atas bawah,sedikit basah dan ada kesan lumpur di pipinya.

Blanche: Lesya! Apa jadi ni?!

Lesya: Tak....Takde apa kak. Jangan risau...

Blanche: Hm? Betul ni?

Lesya: Ya....

Lesya pergi ke biliknya. Blanche yang curiga memeriksa memori Lesya dengan skill dia. Ternyata,dia dibuli lagi dan yang lebih teruk,dia ditolak jatuh dalam lopak air semasa berjalan pulang dari sekolah.

Blanche: *sigh* Manusia ni kan....

Blanche buat keputusan untuk mengawasi Lesya bermula keesokan harinya.

Esoknya,Lesya pergi ke sekolah seperti biasa tapi Blanche mengekori dia dari belakang. Sebaik saja Lesya memasuki kawasan sekolah,ada batu dibaling dari tingkat atas sekolah tetapi,batu tu berhenti sebelum mengena Lesya dan mengena pembuli yang baling batu tu.

Blanche: Heh! Rasakan..!!

Malangnya....

Blanche: *koyak kertas* Takde otak!!!

Lesya mendapat surat amaran dari pihak sekolah kerana membuli. Padahal dia yang jadi mangsa. Sebaik saja mendapat surat tersebut dari Lesya,Blanche bertindak untuk hancurkan sekolah tu tapi Lesya menghalang.

Lesya: Kakak! Tak payahlah! Tak perlu pun!!

Blanche: Tapi kenapa?!? Mereka semua memang nak kena ajar!!

Lesya: Tak apa kakak! Saya tak kisah! Serius...!!!

Blanche: Habis tu? Nak biarkan? Bila mereka nak sedar?

Lesya: Kakak....saya tak kisah pun apa yang mereka nak buat....betul.....

Blanche: Hm? Betul...?

Lesya: Ya. Saya tak kisah pun.

Blanche: Kenapa...

Lesya: Sebab saya nak balas budi kakak....sebab bantu saya....lepas ayah tak ada..  saya cuma ada kakak seorang saja....sebab tulah....kakak tak perlu buat macam ni.....

Blanche tersentak dengan kata-kata Lesya. Dia memeluk Lesya dan usap belakangnya lembut.

Blanche: Baiklah...kalau itu yang kamu nak....

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Where stories live. Discover now