Selepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama.
Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...
BoBoiBoy pergi ke Kradbur Kingdom bersama Ryuu dan Miria menaiki motosikal. Mereka berhimpit tiga orang duduk atas motosikal menuju ke sana.
Ryuu: Boleh aku tanya? Kenapa kita tak terbang je?!
BoBoiBoy: Saja! Aku nak test motosikal ni macam mana lepas Solar upgrade enjin dan tambah senjata!
Miria: Ada senjata?
BoBoiBoy: Ada! Cuma....tak berani cuba lagi.
Ryuu: Kalau macam tu,mereka berdua ikut kita untuk apa?!
Ryuu tunjuk Theo dan Zorg yang terbang di sebelah mereka.
Theo: Aku nak tengok jugak apa yang dia nak bagi kat kau!
Zorg: Aku takde apa nak buat kar rumah. Grix ada untuk jaga budak-budak tu.
BoBoiBoy: Asalkan takde perkara buruk jadi pada mereka.
DI RUMAH BOBOIBOY~
Kishi: Urm....betul ke macam ni?
Kishi,Fay,Frey dan Rosa tengah main lompat tali. Tali yang digunakan berubah jadi cemeti berapi dan terkena garaj dan dinding garaj terbakar dan rentung.
Rosa: Mak! Garaj dah terbakar!
Casey: Apa?!
SKIP TIME
BoBoiBoy tiba di istana Kradbur Kingdom bersama yang lain. Motosikal diparkir di luar istana dengan kereta kuda yang lain.
R.Crom: BoBoiBoy! Terima kasih sebab datang! Begitu juga kamu semua!
Ryuu: Takde hal! Kita kan satu pakatan!
Miria: Kenapa panggil kami ke sini?
R.Crom: Ada sesuatu yang saya nak tunjukkan pada kamu semua. Ikut saya.
R.Crom bawa mereka ke bilik bacaan diraja. Dia berjalan ke arah rak buku bersebelahan meja dan tarik buku berwarna biru. Rak buku yang lain bergerak dan mendedahkan pintu rahsia yang tersembunyi.
R.Crom: Mari.
BoBoiBoy nyalakan bebola api untuk terangi jalan majalah Miria gunakan mata dia.
Mereka berjalan menuruni anak tangga yang banyak dan berhenti di persimpangan.
Zorg: Kita nak pergi mana? Kiri ke kanan?
R.Crom: Kita ke kiri. Jalan kanan berfungsi sebagai laluan kecemasan untuk lari.
Mereka meneruskan perjalanan. Beberapa minit kemudian,mereka keluar melalui sebuah gua dan menuju ke arah bukit kecil terletak agak jauh dari istana.
Ryuu: Jauhnya tempat ni...
R.Crom: Saya tak boleh risikokan tempat ni diketahui oleh sesiapa. Ini rahsia keluarga diraja sejak berabad lamanya.
Ada pintu emas di kaki bukit disembunyikan dengan semak. R.Crom membuka pintu itu dan masuk ke dalam diikuti BoBoiBoy dan yang lain.
R.Crom: Inilah dia. Rahsia keluarga diraja.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.