LEADER ASSEMBLE

170 13 0
                                        

Pintu rumah BoBoiBoy diketuk kuat awal pagi. Dia dengan muka mamai turun ke bawah dan buka pintu. Kelihatan seorang lelaki yang merupakan salah seorang Demon Lord dan juga kawan baiknya,Ryuu.

BoBoiBoy: *yawn* Kenapa kau ni? Awal pagi ni kau dah datang?

Ryuu: Aku datang sebab aku nak minta tolong kau. Kau tengok ni.

Ryuu berganjak ke tepi, menampakkan rakyatnya yang berada di luar kota.

Ryuu: Sebenarnya,kerajaan aku kena serang. Habis musnah.

BoBoiBoy: Kau tunggu seminit.

BoBoiBoy tutup pintu rumah dan...

BANG! PONG! PRAKK! BOOM! TING!

BoBoiBoy dah bersiap dengan baju hitam dan jaket oren serta topi Dino oren. Di belakangnya adalah Elementals yang baru basuh muka.

Gempa: Kau nak kami....lindungi korang semua?

Ryuu: Ya. Sebab sekarang ni,kami takde tempat tinggal.

BoBoiBoy: Boleh je. Suruh mereka tunggu sekejap. Kami akan berbincang dengan eksekutif kami.

Ryuu: Baiklah.

Ryuu bertukar menjadi helang dan terbang ke luar kota.

Ais: Seriuslah? Apa benda yang boleh sebabkan Ryuu lari dari tempat dia sendiri?

Dark: Ini cuma firasat aku. Tapi macam mana kalau raksasa sama yang serang kita?

Taufan: Armoured Deltro dan Winged Deltro? Boleh jadi....

BoBoiBoy: Masa untuk mesyuarat tergempar. Di pagi buta.

SKIP TIME

BoBoiBoy: Maaflah sebab kena berkumpul dalam notis singkat.

Roger,Barto,Zen,Tetsu,Hana,Haru, Shin,Sacre,Danny dan Riko berada di bilik mesyuarat selepas mereka dikejutkan oleh BoBoiBoy. Roger masih pakai pajama yang ada gambar BoBoiBoy di belakang.

BoBoiBoy: Sebenarnya,kita ada sedikit.....masalah kecil.

Barto: Apa dia tuan?

BoBoiBoy: Baru tadi,Demon Lord Ryuu datang berjumpa saya dan minta kita benarkan dia dan rakyat dia tinggal di kerajaan kita.

Roger: Apa sudah jadi tuan?

BoBoiBoy: Katanya,mereka diserang. Sampai dihalau oleh kerajaan mereka sendiri.

Tetsu: Musuh kali ni lebih bahaya dari sebelumnya. Sampai boleh halau Demon Lord dari tempat dia sendiri.

BoBoiBoy: Ya. Roger dan Barto,saya nak kamu berdua uruskan tempat tinggal untuk seluruh Anbis Kingdom. Kita masih ada kekosongan bukan?

Barto: Ya. Kita masih ada tanah yang belum dibuka. Saya ingat nak bincang perkara tu dengan tuan nanti.

BoBoiBoy: Bagus! Kita akan bina rumah dan benarkan mereka tinggal bersama kita!

Zen: Tinggal terus ke macam mana?

BoBoiBoy: Tinggal terus. Kalau boleh, saya nak mereka tinggal sementara saja. Tapi memandangkan keadaan yang tak menentu,mereka akan duduk dengan kit sehingga kata putus dicapai.

Riko: Bagaimana dengan Ryuu? Di mana dia nak tinggal?

BoBoiBoy: Ada kawasan perumahan dekat dengan ladang ternakan kita. Kita belum buka lagi kan?

Roger: Ya,awalnya kawasan tu akan dibuka untuk pengunjung yang datang ke sini untuk bermalam.

BoBoiBoy: Jadi kita akan gunakan tempat tu jugak. Akhir sekali tentang tenaga kerja kita.

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang