TOP BRASS OF CROSSHEART ALLIANCE

114 9 0
                                        

T.Bers memerhatikan keadaan dunia yang dijaganya sambil bersandar atas kerusi goyang. Dia nampak dunia yang BoBoiBoy berada mengalami kekacauan.

T.Bers: Jadi,kau nak mulakan langkah seterusnya Hakuma? Baiklah kalau itu yang kau mahukan.

T.Bers menghilang dari situ.

Di R.O.U.B.E.R. Kingdom, Zen,Hana,Haru dan Danny baru saja pulang setelah bertarung dengan Ballam.

Zen: Cepat!

Hana menghalang golem dari makan Zen namun,dia pula yang cedera. Hana dikejarkan ke hospital untuk dirawat. Dia dibawa masuk ke bilik kecemasan sementara emeka mereka bertiga menunggu di luar.

Zen: Kita kena tunggu Hana selesai dirawat baru kita-

Thorn: Abang Zen!

Thorn dan Dark berlari ke arah mereka.

Haru: Thorn,Dark.

Dark: Apa dah jadi dengan kak Hana?

Zen: Dia...pertahankan abang dari dimakan golem tadi. Sebab tu dia cedera parah.

Thorn: Alamak....

Dark: Siapa yang serang kita tadi?!

Danny: Ballam Skario.

Dark: Ballam Skario?

Danny: *nod* Dia antara ahli tertinggi Crossheart Alliance. Dan.......dari siasatan saya,ada sembilan orang lagi yang sama macam dia.

Thorn: Cukup. Mari pergi ke bilik mesyuarat. Kita bincang di situ. Kak Haru?

Haru: Akak nak tunggu Hana kat sini.

Thorn: Baiklah.

Mereka berempat pergi ke bilik mesyuarat untuk bercakap tentang Crossheart Alliance.

BoBoiBoy dan Elementals berkumpul di bilik mesyuarat bagi mendengar maklumat yang Danny kumpulkan.

BoBoiBoy: Silakan.

Danny: Hm. Ada sepuluh orang yang merupakan ahli tertinggi Crossheart Alliance. Mereka dikenali sebagai Knight Of Dark Crown.

Zen: Knight Of Dark Crown....

Halilintar: Dan? Orang yang serang kita dengan golem hari tu sama dengan orang yang lawan dengan kamu semua?

Zen: Ya. Ballam Skario. Dia ada skill untuk mengawal salji dan ais.

Ais: Salji dan ais...?

Zen: Ya. Ais dia boleh bekukan api di pedang saya.

Mereka memandang satu sama lain.

Solar: Macam mana dengan golem yang dia arahkan untuk serang kita?

Danny: Sama macam sebelum ni.

BoBoiBoy: Crossheart Alliance....

SEMENTARA ITU

Ballam berada di kawasan pergunungan yang memisahkan hutan dengan tanah tandus.

Ballam: Hmph! Mereka berempat memang kuat,tapi tak seperti yang aku harapkan.

Ballam berdiri di hadapan pintu besi yang besar. Dia tunjuk logo Crossheart Alliance pada kristal yang ada di sebelah pintu dan pintu itu terbuka dan benarkan dia masuk.

Ballam: Apa agaknya yang mereka akan cakap tentang perkara ni?

Ballam berjalan melepasi pintu itu dan lihat organisasi yang dijalankan oleh beberapa kerajaan dengan tujuan untuk menghapuskan raksasa dari dunia.

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang