K.Rixel menyambut baik kedatangan BoBoiBoy dan keluarganya ke Albeik Kingdom. Dan mereka jadi hairan dengan K.Rixel.
Ryuu: "Ada udang di sebalik mi ni."
Lady: "Nampaknya dia dah tahu tentang kita. Mesti dia ada rancang sesuatu."
Miria: "Tentang kapal selam tu? Baik kita diamkan."
BoBoiBoy: Jadi.....K.Rixel kan?
K.Rixel: Ya saya?
BoBoiBoy: Macam mana kau bina kapal selam tu?
Lady,Miria,Coco dan Ryuu tepuk dahi bila BoBoiBoy tanya K.Rixel tentang kapal selam tu.
Lady: Sayang....
Miria: Darling....
K.Rixel: Hm.....kalau tentang tu,saya tak boleh cakap dekat sini. Apa kata kita pindah ke bilik bacaan saya?
BoBoiBoy: Sudah tentu.
Mereka berdua bangun dan meninggalkan dewan dan berjalan ke bilik bacaan. Sebaik saja mereka berada cukup jauh,K.Rixel mengeluh panjang.
K.Rixel: *long sigh* Sekarang kita tak perlu nak formal sangat.
BoBoiBoy: Aku pun fikir perkara yang sama. Jadi,bagitahu kami. Macam mana kau boleh bina kapal selam tu?
K.Rixel: Kenapa? Kau tertarik ke?
BoBoiBoy: Bukan setakat berminat je. Kami nak tahu siapa yang ajar kau semua benda ni? Kapal selam,meriam bawah air......
K.Rixel: Adalah. Aku tak boleh bagitahu kau. Tapi aku boleh tunjukkan sesuatu sebagai gantinya.
Solar: "Dapatkan cetak biru kapal selam tu! Balik nanti aku nak try bina!"
Halilintar: "Tak payah! Nanti kerajaan lain ingat kita nak berperang pulak."
Thorn: "Bukan kita tengah berperang ke sekarang? Dengan Hakuma?"
Dark: "Itu perang lain...."
Mereka berdua tiba di bilik bacaan. K.Rixel tutup pintu dan kunci. Dia memandang BoBoiBoy dengan senyuman manis tapi tersirat muslihat.
K.Rixel: Jadi....apa yang kau nak?
BoBoiBoy: Apa kata cetak biru untuk kapal dan senjata baru kau?
K.Rixel: Malangnya yang tu pun tak boleh. Sebab itu rahsia dari seseorang.
BoBoiBoy berasa curiga dengan K.Rixel jadi dia gunakan (Appraisal) terhadap dia.
Unique Skill (Gamemaster)
(Gamemaster):
[Enable user to create their own dimension with their own rules. The game created depends on the user]
BoBoiBoy: "Damn."
K.Rixel: Hm? Kenapa senyap je? Ada sesuatu yang tak kena...?
BoBoiBoy: Tak. Cuma aku terfikir, macam mana kau boleh bina kapal selam tu. Tapi aku ada benda lain nak bincang.
K.Rixel: Silakan.
Sisik di tangannya mengeras.
BoBoiBoy: Kau....ada apa-apa kaitan dengan Gereja Anti Raksasa ke?
K.Rixel: *grin* Kalau ya....?
Bilik bacaan perlahan-lahan berubah menjadi gelap. Lantai di bawah mereka bertukar menjadi papan catur.
BoBoiBoy: Nampaknya tekaan saya betul.
K.Rixel: Hehehehe. Jadi kau tahu tentang skill aku?
BoBoiBoy: Yep.
ANDA SEDANG MEMBACA
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
Fiksi PenggemarSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...
