Rekahan dimensi dibuka di arah bertentangan, dan semua orang mencurah keluar bagaikan air terjun yang deras.
Hakuma: Apa?!
Zen, Barto, Shin, Haru, Hana, R.Crom, Ryuu, Theo, Demon Lord, 8 King, semuanya meluru keluar dari rekahan dimensi.
Perkara pertama yang mereka lihat selepas keluar dari rekahan dimensi adalah raksasa gargantuar Hakuma. Saiznya yang diluar imaginasi terlihat begitu menggerunkan. Tetapi...
R.Crom: Jangan tunjuk rasa takut!! Angkat senjata dan mara!!
Ryuu: Ini untuk BoBoiBoy!!
Zen: Mara ke depan!!
Semua orang melancarkan serangan ke atas raksasa gargantuar itu.
Zorg merempuh kaki raksasa itu bersama-sama Coco yang berada dalam golem.
K.Haikal, bersama-sama gergasi lain, mara menghentam kaki lagi satu.
K.Haikal: Lancarkan saya!!
Beberapa orang gergasi angkat K.Haikal dan baling dia ke atas, ke arah belakang lutut raksasa gargantuar. Dia aktifkan skilnya dan hentak kaki raksasa gargantuar.
K.Haikal: Rasakan!!
Gempa yang dihasilkan menyebabkan raksasa itu berasa sakit. Tanpa diketahui, dua individu yang disatukan dengan raksasa gargantuar itu turut sama merasa kesakitannya.
Pada masa yang sama, BoBoiBoy dan Reverse masih belum berhenti menyeksa Hakuma.
BoBoiBoy: Thunder Dragon King Death Bolt!
Panahan kilat hitam pekat menyambar Hakuma, membakar tubuhnya total.
Hakuma: GUAAAARGH!!
Reverse cengkam kepala dia dan lutut dadanya berulangkali sehingga tulang rusuknya terdedah. Dia kemudian cabut jantung Hakuma dan sumbat ke dalam mulut sebelum...
Reverse: Verdant Dragon Rotten Bark!
Akar-akar menjalar tumbuh, menyelimuti tubuhnya. Matanya tercabut keluar dari soket akibat bunga tumbuh dari dalam tengkorak kepala.
Kedua-dua mereka mencampak Hakuma ke udara, lalu mereka mengumpulkan semula bintang menjadi Solar Saber.
Senjata kosmik itu diangkat ke atas, dihalakan ke arah Hakuma.
BoBoiBoy: Ninth...
Reverse: Order.
Planet terkecil, Pluto, terapung keluar dari pedang dan berubah bentuk menyerupai ular raksasa. Ia membesar sehingga menutupi langit dengan tubuhnya yang panjang.
Zorg: Huh? Kenapa tiba-tiba gelap-
Lidahnya kelu saat memandang kewujudan yang datang dari Solar Saber. Saiz yang tidak dapat diukur, menjadikan raksasa gargantuar Hakuma kelihatan kerdil jika dibandingkan.
Coco: *shudder* Apa...yang...
Hana: *gulp*
Shin: A...pa...
Serangan semuanya terhenti apabila langit dibendung sepenuhnya oleh raksasa itu. Semua yang memandangnya dibelenggu rasa gerun yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.
Shin: *jerit* APA BENDA TU?!?!?!?
Hakuma, dalam keadaan jatuh, nampak kemunculan raksasa kosmik itu. Dia paksa tubuhnya pulih dan buka rekahan dimensi untuk larikan diri.
BBB&R: PLUTO LEVIATHAN!!
SHIAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!!
Jeritan Pluto Leviathan menggoncangkan seluruh dimensi.
ANDA SEDANG MEMBACA
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
FanfictionSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...
