PANGGILAN DARI TANAH GERGASI

132 8 2
                                        

Sebuah istana yang jauh dari dimensi BoBoiBoy berada. Kirala kembali bersama Meta dalam dakapannya. Dia pergi ke bilik takhta dan menghadap Hakuma bersama ahli Seven Sins yang lain.

Kirala: Tuanku,saya dah balik.

Hakuma duduk di takhta dengan lagak seorang raja. Bersilang kaki dan menongkat dagu. Di belakangnya ada seseorang bertopeng memandang mereka tanpa sebarang reaksi.

Hakuma: Bagaimana? Kau dah jumpa kelemahan mereka?

Meta yang awalnya tidur terus terjaga. Kirala letak dia di bawah dan Meta tersenyum nipis.

Meta: Saya dah jalankan seperti yang diminta tuanku.

Meta gunakan [Lost In The Snow] untuk hasilkan ilusi dirinya sedang tidur sementara dia bergerak mencari maklumat di seluruh R.O.U.B.E.R Kingdom.

Hakuma: Baiklah. Seperti yang dijanjikan...

Hakuma memetik jarinya. Dua raksasa tulang membawa keluar sebuah tilam tebal dan besar untuk Meta.

Meta: Yeay~

Meta segera baring atas tilam tersebut dan tidur.

Meta: Zzz~

Hakuma: Baiklah. Saya akan hantar kamu pulak Dhante.

Beruang yang besar dengan air liur meleleh memandang Hakuma. Dia berasa sangat lapar dan dahaga.

Dhante: Baiklah tuanku. Boleh saya makan mereka?

Hakuma: Kecuali untuk beberapa orang tertentu. Dan....boleh kau ikut dia Liar?

Individu bertopeng di belakangnya mengangguk.

Hakuma: Hahahahahaha!!! Bagus! Mari mulakan rancangan kita! HAHAHAHAHA!!

SKIP TIME

BoBoiBoy: *yawn* Mengantuknya~

BoBoiBoy sekarang tengah OT buat kertas kerja. Dia memandang timbunan kertas kerja di sebelahnya yang belum disiapkan.

BoBoiBoy: Aku nak balik tidur pun belum tentu boleh. Banyak lagi ni.

BoBoiBoy memandang Elementals yang turut membantunya kecuali Blaze. Ais dah lama baring di penjuru pejabat bersama plushie ikan paus.

Gempa: Kenapa banyak sangat ni? Kita ada buat apa-apa ke?

Thorn: Ladang aku dah dibesarkan tahun lepas. Sepatutnya dah siap.

Halilintar: Makmal kau macam mana mentol lampu?

Solar: Kami tak buat apa-apa projek baru lagi setakat ni tiang elektrik.

Tiba-tiba ada seekor burung besar mendarat di balkoni pejabat. Burung yang lebih besar dari mereka itu membawa bola kristal. Ia serahkan bola kristal pada Taufan dan terbang pergi.

Taufan: Ada apa ni?

Taufan letak bola kristal atas meja. Ia menunjukkan rakaman seseorang yang nampak seperti seorang raja. Yang peliknya,dia memakai tengkolok berwarna jingga!

Solar: Ha?! Dia pakai tengkolok?!

???: BoBoiBoy,saya dari Kepulauan Gergasi ingin menjemput kamu datang ke sini. Ada perkara yang harus dibincangkan oleh kita. Saya harap kamu boleh datang.

Rakaman tamat. Mereka memandang satu sama lain.

Gempa: Nak pergi ke?

BoBoiBoy: Ya,kita pergi. Aku nak tahu dari mana dia dapat tengkolok tu.

Taufan: Aku nak tahu kenapa dia panggil kita ke sana? Kepulauan Gergasi.

Thorn: Tapi....kalau kita semua pergi siapa nak uruskan semua ni?

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang