OVERLORD AND NUMBER

217 12 0
                                        

BoBoiBoy duduk di ruang tamu bersama Theo,berbincang tentang keadaan mereka sekarang.

Theo: Jadi serangan siang tadi disebabkan orang bawahan Hakuma?

BoBoiBoy: Haah. Ford dan Trey cuba halang dia dengan spirit air yang mereka ada tapi tak menjadi. Blaze datang dan libas sekali je,kalah.

Theo: Aku rasa,kau kena buat sesuatu. Mungkin kau boleh hasilkan sistem pertahanan terbaru.

BoBoiBoy: Kita tak tahu kelebihan musuh sekarang ni.

Theo: Kalau macam tu....

Grix: Cuba ikut macam musuh.

Mereka berdua memandang Grix yang duduk atas meja.

Theo: Maksud kau?

Grix: Yelah. Musuh ada orang bawahan yang kuat kan? Macam komander dalam peperangan.

BoBoiBoy: Jadi?

Grix: Apa kata,kau buat sendiri skuad peribadi kau?

BoBoiBoy mengusap dagu memikirkan kata-kata Grix. Betul jugak tu.

BoBoiBoy: Boleh tahan idea tu! Terbaiklah Grix!

Grix: Tahu takpe....

KEESOKANNYA...

BoBoiBoy dan Elementals berada di bilik mesyuarat untuk membincangkan tentang skuad peribadi mereka.

Gempa: Kau nak buat skuad peribadi untuk kita?

BoBoiBoy: Tak. Lepas sembang dengan Theo dan Grix,aku terus dapat idea untuk wujudkan...

BoBoiBoy hantar mesej dalam group chat mereka. Elementals memandang skrin telefon masing-masing.

Halilintar: Sistem.....Overlord?

BoBoiBoy: Ya! Sistem Overlord bertujuan untuk mewujudkan pasukan elit khas dari eksekutif yang sedia ada.

Ais: Jadi abang Zen dan kak Haru dan Hana akan jadi sebahagian dari Overlord?

BoBoiBoy: Ya!

Thorn: Kenapa tak pilih dari kalangan askar kita?

BoBoiBoy: Well.....sebab kalau kita kena berperang kita kena ada skuad yang nampak macam elit. Cuba korang ingat R.Crom dan pasukan elit dia. Mereka naik Griffin kan?

Solar: Oooo! Aku faham dah! Skuad elit yang terdiri dari eksekutif dan mereka akan diletakkan di bawah pengawasan kita!!! Supaya kita boleh arahkan mereka kalau-kalau ada kecemasan!!

BoBoiBoy: Betul tu!! Jadi....korang rasa abang Zen akan terima tak kalau kita masukkan nama dia?

Halilintar: Masukkan je...

Dark: Aku tak kisah pun.

BoBoiBoy: Kalau macam tu,selesai sudah mesyuarat kita!!

Mereka berjalan pulang ke rumah tetapi Dark melencong ke tempat lain. BoBoiBoy dan Elementals tahu Dark nak ke mana tapi mereka biarkan saja.

Di sebuah gua yang terletak di hujung kingdom di sebalik hutan tebal,Dark mendekati gua tersebut dan beberapa ekor kumbang badak keluar dan menghalangnya.

Dark: Saya datang nak jumpa Athena.

Kumbang badak yang menghalangnya bergerak ke tepi, memberi laluan untuk Dark masuk. Dark membuka sayapnya dan terbang masuk ke dalam. Dia tiba di hujung gua di mana banyak raksasa humanoid kumbang badak menjalankan kerja membina rumah dan pertahanan. Di tengah gua kelihatan permaisuri mereka tanpa sebelah tangan,bermeditasi untuk menyembuhkan dirinya.

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang