Tatkala fajar sudah mulai menyingsing, burung-burung sudah berterbangan mencari rezeki untuk anak-anak tercinta, maka, bermulalah hari ini.
Seperti semalam, Indra mengikut ayah-ayahnya pergi bertukang. Memandangkan Abdullah sudah menganggap bahawa Indra seperti anaknya sendiri maka, tidak ada masalah baginya membenarkan Indra memanggil 'ayah '. Hanya Mawar sahaja masih memanggil Ismanto ' Pak Anto '.
Seperti semalam juga Indra akan ditemani Udin untuk mengajar lagi mengukir agar lebih mahir.
Sebaik sahaja Indra memasuki perkarangan rumah kayu semalam, dia melihat ada dua orang budak. Seorang ialah Udin, seorang lagi tak kenal.
Dengan penuh sopannya Indra memberi salam. Hatta, barulah dengan serentak dua budak itu memandang ke arah empunya suara.
' Wahh indah sungguh rupa ', Indra memuji budak lelaki di kanan Udin.
" Waalaikumsalam warahmatullahi wa baraka aaaa atuh! Awal benar saudara datang! ", bukan main lantang suaranya si Udin. Rakannya di sebelah menggeleng kepala.
Indra tersipu malu. Malu-malu kucing begitu.
" Eh masuklah saudara! Mari, aku kenalkan kau dengan seorang anak ni. Dia ni kekasih aku ", pelawa Udin dengan ramah. Tanpa kisah, dia menarik tangan Indra untuk mendekatkan dirinya kepada rakannya itu.
Udin berdiri di tengah-tengah mereka. Rakannya yang tadinya duduk kini berdiri bertentangan dengan Indra.
" Indra, kenalkan inilah Fannani. Dan Fannani, kenalkan inilah Indra. Dia baru sahaja menjadi kawan baikku semalam. Dia ke sini hendak belajar mengukir ". Tanpa segan silu, Udin memegang tangan Indra dan Fannani untuk bersalaman antara satu sama lain.
" Hai, namaku Indra Sujiwa. Aku senang bertemu samamu ", Indra memberikan senyuman yang paling lebar.
Fannani pula meletakkan tangan kanannya di dada kiri lalu menunduk.
" Oh ya, Fannani ni istimewa. Dia tidak boleh bercakap. Kerana bisu ", Udin tersenyum pahit. Kalaulah dapat berbual dengan Fannani. Ini tidak, hari-hari dia selalu bercakap sendirian dengannya.
" Tapi Fannani ni anak yang berbakat! Dia sangat mahir dalam melukis dan menghasilkan puisi ", Udin meletakkan tangan kirinya di atas bahu Fannani lalu menepuk lembut. Bangga dengan kebolehan kawan baiknya.
" Wahhh, handal benar kau ni, Fannani! "Indra memberikan pula pujian kecil yang menyejuk hati.
" Sudah tentulah handal. Nama pun Fannani. Kalau kau mahu tahu, Fannani tu maknanya seniman. Jadi, memang tak salahlah orang tuanya memberi namanya begitu ", Udin menyokong.
" Disebalik kekurangan, terselit juga kehebatannya ya! Seandainya ada masa, bolehkah kau mengajarku melukis dan membuat puisi? ", Indra bertanya dengan nada teruja yang teramat.
Fannani mengangguk sambil tersenyum. Sejujurnya dia begitu suka mengajar orang berkenaan bakatnya itu.
" Amboi kau, mengukir pun tidak seberapa inikan pula nak belajar hal lain. Belajar mengukir dulu! ", Udin sudah bercekak pinggang.
Kemudian, ketiga-tiga budak lelaki itu pun ketawa berdekah-dekah.
⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳
" Hai Fannani, apa yang kau lakukan itu? ", Indra menyoal.
Dirinya terpegun tatkala matanya menangkap perbuatan Fannani yang sedang khusyuk menulis sesuatu di atas kayu yang sederhana besar.
Kayu itu berbentuk bulat dan terdapat sebuah ukiran yang indah bermotifkan bentuk geometri disekelilingnya. Ditengah bulatan itu terdapat tiga nama yang Indra cukup kenal.
YOU ARE READING
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...