Episod 119

54 7 6
                                        

PARA pekerja yang berada di bilik mesyuarat itu hanya terkebil-kebil melihat majikan mereka pergi. Selepas pintu bilik tertutup rapat, semua di situ mendapatkan Encik Azhar.

"Azhar, kau ok tak ni? " soal Encik Lee yang berada di sebelahnya.

"Kuat sangat ke Tuan Imran cekik kau? " soal pula Kak Ju.

"Tuan Imran ada benda yang tak puas hati ke dengan kau? " soal pula Puan Hasnidah.

"Jangan-jangan abang Azhar calarkan kereta dia. Ya tak? " soal pula Cik Kuntum.

"Sudah, jangan tanya soalan yang pelik-pelik lagi ! " tegur Faiq sambil bercekak pinggang.

Pekerja yang lain pun terdiam. Kayla pula sedari tadi melihat keadaan Encik Azhar. Ada sedikit kesan tercekik pada lehernya. Mujur sahaja Faiq segera halang. Kalau tidak, hilang nyawa seorang.

"Saya ok jer ! Say pun tahu lah apa yang saya buat. Bahagian operasi masih dalam kawalan. Tiba-tiba je tuan cekik. Takkanlah sampai begitu sekali marahnya? " ujar Encik Azhar sambil mengusap leher.

"Minum air dulu, Azhar" celah Encik Lee sambil memberikan botol minuman.

Encik Azhar pun minum dengan perlahan.

"Ni first time nampak tuan mengamuk macam ni. Aku tak tahulah kenapa sejak ni, banyak masalah kat projek kita. Selalunya elok je. Paling tak pun dua tiga masalah" tutur Kak Ju.

"Itulah pasal. Macam ada yang tak kena. Entah-entah, ada orang rancang semua benda ni? " Cik Kuntum membuat andaian.

"Isy, parah tu. Aku takut je kalau orang tu sengaja khianat. Entah-entah dia perisik dari company lain" celah Senah pula.

"Eh, dahlah cakap pasal tu lagi. Risaulah kalau betul-betul terjadi" Kak Ulya berpeluk tubuh kerana khuatir.

"Risau sangat sampai berpeluk tubuh tu. Seram sangat ke, Ulya? " soal Azim pula.

"Kau ingat lepas kena maki tu aku rasa tenang ke? Rasa nak terkencing tahu tak ! " balas Kak Ulya.

"Itulah. Akak pun seram sejuk ! Tuan macam kena rasuk aku tengok tadi " sampuk Puan Hasnidah pula.

Kayla hanya mendengar sahaja perbulan mereka. Empat orang lelaki berkumpul di tempat Encik Azhar. Lima orang perempuan pula berhadapan dengan mereka. Hanya dipisahkan dengan meja bujur.

Kayla perasan yang mana hanya Faiq yang tidak menyertai mereka. Dia sedang menyusun segala dokumen yang bertaburan di tempat Imran. Kayla pun mengambil kesempatan untuk mendekatinya.

Sedang dia menyusun, dia mendongak apabila ternampak Kayla di hadapan.

"Boleh saya tahu kenapa dengan Tuan Imran? " soal Kayla tanpa segan silu.

Faiq pun selesai menyusun lalu meletakkan semula dokumen-dokumen tersebut di atas meja.

"Sorry, Kayla. Dia memang ada masalah sikit" balas Faiq perlahan.

"Kenapa, apa dah jadi? " kening Kayla terangkat.

Faiq kelihatan serba salah untuk berterus-terang. Dia menggaru-garu kepalanya. Rambutnya yang tersisir rapi sedikit terusik.

Kayla pula tidak sabar menanti. Sudahlah hari itu mengumumkan berita mengejut. Hari ini cuba mencederakan pekerja pula. Imran sudah lain sejak dia terlanggar Fayyad dan Budin.

"Haihh.. Saya tak tahulah nak cakap macam mana.. Tak tahu nak mula dari mana" balas Faiq sambil melabuhkan duduk di tempat Imran.

"Lahh kenapa pulak? Cerita jelah yang mana boleh difaham " Kayla juga melabuhkan duduknya di tempat Puan Hasnidah.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang