"WEH Kayla, dahlah nangis. Dah sejam kita terperap di sini. Aku dah malu ni. Orang ingat aku cuba apa-apa kan kau pulak ! " Syanis memujuk Kayla sambil memandang sekeliling.
Hanya ada beberapa orang di tingkat sembilan. Mereka kini sedang makan di Restoran Ijo Shokuji. Macam-macam perkara yang Kayla luahkan. Sebanyak mana perkataan yang dikeluarkan, sebanyak itulah air matanya mengalir.
"Kayla, aku rasa pipi kau dah boleh jadi air terjun. Kemain meriah aku tengok" Syanis cuba membuat lawak.
Malangnya gadis itu masih tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Beberapa orang sedang memerhatikan mereka.
"Janganlah sedih lagi, Kayla. Nanti aku pun sedih.. Aku tak nak sedih-sedih time pregnant ni. Nanti terlebih emo.. ".
Barulah Kayla berhenti menangis. Dia sedar bahawa dia tidak boleh menyusahkan orang lain. Dia pun cuba tenangkan diri sambil menjamah takoyaki.
Syanis pun sudah lega melihat sahabatnya yang sudah tenang.
"Minta maaf susahkan kau, Syanis. Balik rumah nanti, aku sambung balik " ujar Kayla dengan suara yang serak.
"Isy, kau ni ! Aku suruh berhenti bukan untuk sambung balik, berhenti terus ! Tak payah nangis dah. Macam budak kecil kau ni. Anak aku ni pun belum tahu menangis tau !".
"Itu sebab dia baru dua bulan. Tunggu lagi tujuh, entah-entah lagi teruk dari aku " sempat Kayla berseloroh walaupun dia masih bersedih.
Syanis tahu sahabatnya itu berpura-pura.
"Kayla, aku faham perasaan kau. Aku tahu kau tertipu. Dan aku tahu juga ni mesti rancangan babun kau kan? Siapa lagi yang dengki kalau bukan mamat minta pelempang tu? ".
"Ya, memang rancangan dia. Salah aku juga sebab terpengaruh. Kurang ajar betul siapa yang tipu kitorang hari tu. Tak pasal-pasal dia dimalukan. Sekarang ni, dia tengah koma.. ".
"Kita doakan dia cepat sembuh. Lagipun dia cuma accident dengan kereta, In sha Allah dia akan sembuh punya.. " Syanis tidak tahu punca sebenar Imran koma. Memang tidaklah Kayla akan beritahu. Itu semua disebabkan arahan Hadi.
"Dia dah banyak berjasa dengan semua orang termasuk aku. Kalau kau jadi aku, mesti kau sedih kan kalau dia akan pergi? ".
Syanis terus meletakkan sudu dan garfu. Tidak jadi hendak melahap sushi pandan.
"Kayla, meh sini aku bagi kelas nasihat kat kau.. " ujar Syanis dengan perlahan. Sabar ajelah dengan masalah rakannya itu.
Kayla pula terdiam.
"Aku faham kau rasa bersalah dengan dia dan sekarang ni dia sedang berperang dengan dunia koma dia. Kita doa aje, Kayla. Serahkan semuanya kepada Allah. Banyak kali dah orang-orang di sekeliling kau mention ayat ni. Payah benar nak sedut masuk dalam otak eh? ".
"Ya, Syanis. Sekarang ni aku dengar nasihat kau. Tapi, kalau yang terjadi di sebaliknya macam mana, weh? Aku takut aku tak sempat minta maaf... ".
"Kita bersabar dan tengok dulu apa yang berlaku. Lagipun bos kau kan kuat, tak mungkinlah dia akan tewas. Kau yakin, ok? Kalau dia dah berjasa kepada kau, sekarang ni giliran kau pula yang berjasa kepada dia. Carilah doa-doa yang boleh sembuhkan dia. Bila dah sedar nanti, cuba bercakap baik-baik dengannya ".
"Aku tengah buatlah sekarang ni. Yang aku risaunya bila dah sedar nanti. Macam mana kalau dia dah tak nak berkawan dengan aku terus? Aku takut dia putus kawan.. Aku tak nak hilang orang baik macam dia.. ".
"Kau masih ada aku, kan? " perlahan Syanis menyoal.
Kayla tersentak.
"Memaafkan tu lain cerita. Misi kau sekarang adalah doakan dia sedar dan minta maaf dengan dia. Itu je. That's all. Terpulanglah kalau dia nak palau kau terus. Yang penting kau dah insaf. It's okay, Kayla. We are human. Human always make mistakes, right? ".

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...