Episod 90

35 3 0
                                    

DI suatu tempat yang terkutuk, dua orang pemuda sedang bertemu. Mereka memasuki sebuah bilik di dalam kelab malam, jauh dari hiruk-pikuk orang yang sedang berpesta.

Bilik itu sangat kalis bunyi kerana itulah bilik karaoke. Tetapi mereka ke situ bukanlah untuk menyanyi tetapi ingin menjual maklumat seseorang.

Mereka yang dimaksudkan ialah Hazarol dan Lim Young Woo.

"Betul ke kau nak beritahu aku pasal Imran? " soal Hazarol dengan serius.

"Ya, tetapi aku perlukan bayaran. Kau bawa tak duit tu? " balas Young Woo.

"Setakat 20k, ni hah dalam poket aku! " kata Hazarol sambil menepuk-nepuk poket seluarnya.

Young Woo tersenyum sinis. Lalu, dia pun menghulurkan sekeping sampul surat yang bersaiz separuh A4.

"Here you go.. ".

Hazarol menyambut surat itu. Dia pun membuka. Di dalam terdapat beberapa gambar Imran dengan pelbagai gaya.

Hazarol mengerutkan dahi.

"Gambar apa ni? Asal dia punya gambar macam moyang aku punya zaman? ".

Young Woo tersenyum lagi.

"Haa.. Itulah yang aku nak kau tahu ! Imran tu bukan manusia biasa".

"Maksud kau, apa? Imran tu hantu ke? ".

"Nope. Kau tengok gambar pertama tu. Itu gambar masa zaman British. Tahun 1899 tak silap. Waktu tu Imran di Indonesia. Dia mengembara di sana" terang Young Woo.

Hazarol pun meneliti gambar itu. Semuanya hitam putih. Ada seorang lelaki yang sedang bersandar pada sebuah tembok. Di belakangnya berlatarkan sebuah pantai. Apabila dia mengamati wajah itu, nampak seperti wajah Imran yang serius.

Hazarol meneguk liur.

"Kau yakin ke dia ni Imran? Kau jangan mainkan aku ! ".

"Let's see the second picture? " potong Young Woo sambil menyilangkan tangan.

Hazarol hanya akur. Gambar kedua juga hitam putih. Wajah seperti Imran juga sedang memakai pakaian seragam tentera. Dirinya kelihatan segak dengan memegang senapang dan di belakangnya hanyalah hutan.

"Itu zaman penjajahan Jepun di negara kita dulu. Gambar tu diambil pada tahun 1941. Waktu tu Imran baru menjadi askar untuk menentang Jepun " ujar Young Woo lagi.

Terbeliak mata Hazarol. Dia menggeleng-geleng.

"Macam mana kau tahu pasal cerita tu hah? ".

"Atuk aku yang ceritakan. Now, third picture pulak".

Gambar ketiga, gambar Imran yang sedang menaiki basikal. Matanya benar-benar memandang Hazarol. Seakan hidup. Hish, mimpi ngeri! Tetapi wajahnya sedikit tersenyum. Pakaiannya adalah bersongkok, kemeja putih lengan pendek dan berseluar panjang.

"Gambar tu pada tahun 1957. Kalau tak silap aku, tu gambar pertama Imran tersenyum. Yalah, siapa je tak senyum kalau Tanah Melayu masa tu dah nak merdeka? Aku rasa Imran baru gerak ke Padang Bandar Hilir. Atuk aku kata tarikh kemerdekaan masa tu dimaklumkan di sana ".

Terangkat kening Hazarol. Betapa teliti jejaka Cina itu bercerita.

Kemudian, beralih pula kepada gambar keempat. Ceritanya lebih kurang kerana gambar itu ketika Imran berada di Stadium Merdeka. Wajahnya nampak gembira.

Gambar kelima, tidak ada yang menarik begitulah seterusnya sehinggalah gambar ke sembilan.

"Eh, Imran tu dah ada anak? " soal Hazarol.

550 TahunWhere stories live. Discover now