Episod 135

18 5 0
                                        

IMRAN'S POV

Tak guna ! Mimpi ini muncul lagi ! Di sekelilingku masih sama. Gelap dan suram. Kali ini aku tidak tahu lagi apa yang bakal menimpa !

Aku dapat merasakan aku masih hidup. Walhal, aku sudah terjatuh dari tempat yang tinggi. Mustahil aku masih hidup lagi ! Aku dapat mengagak bahawa diriku mungkin sudah dirawat. Ah, sungguh sia-sia !

Aku sungguh malas hendak tahu apa yang berlaku di luar sana. Aku cuma berfikir dengan keadaanku sekarang. Tempat ini memang gelap. Anehnya, mengapa langit senja pula ada di atas?

"HAHAHAHAHA HAHAHAHAHA ! " aku terdengar hilaian tawa seseorang. Siapa lagi kalau bukan Hazril.

Dia sedang ketawa. Suara garaunya ada di merata-rata tempat. Aku terpusing ke semua arah. Malangnya semua keadaan gelap. Aku memerhatikan langit senja itu.

Aku memang gemar dengan senja. Tapi, bukan senja begini. Tidak sama seperti yang selalu ku lihat. Senja di sini lebih menyeramkan. Aku menggeleng ketakutan. Entah kenapa aku tidak sedap hati.

"HAH ! " tiba-tiba Hazril menyergah dari hadapan. Membuatkan aku tersentak ke belakang. Mataku terbeliak, jantungku mahu tercabut !

Kali ini, rupa Hazril lebih menyeramkan ! Dia tidak lagi kelihatan serba hitam. Tetapi dirinya penuh dengan api-api. Wajahnya kelihatan terbakar. Matanya tiada, giginya semua bertaring. Paling menakutkan, dia senyum menyeringai.

"Apa kau mahu ?! Pergi ! " aku menghalaunya.

"Hahahaha ! " dia tertawa bahagia.

Aku cuba untuk menguatkan diri walaupun aku mahu lari dari sini. Aku tidak mahu lagi ke tempat buruk ini !

"HAHAHAHA ! SELAMAT DATANG KE NERAKA, INDRA !!! INILAH YANG KU MAHUKAN ! AHAHAHAHAH ! ".

Tak.. tak mungkin ! Ini bukan kemahuanku !

Saat itu juga, munculnya api dari bawah kami. Api itu menjulang tinggi sehingga aku tenggelam. Aku lemas dalam api ! Aku lemas !

"TOLONG ! TOLONG ! " aku menjerit sekuat hati. Walaupun terasa mustahil ada yang sudi membantuku di sini...

Api yang melemaskan aku saling tidak tumpah seperti lautan. Setiap kali aku berenang, aku langsung tidak dapat bergerak. Aku hanya tenggelam di situ.

Malah, aku juga mula kepanasan. Kulitku bertukar merah. Tidak, tak mungkin ! Lautan api ini mendidih ! Tidak ! Bahang panas semakin kuat !

"Arghhh ! " aku menjerit kesakitan apabila mataku kepedihan. Seluruh tubuh terasa dididih sengsara. Tolong aku ya Tuhan ! Aku tak sanggup !

Bahang lautan itu semakin kuat mencengkam tubuhku. Aku tidak tahan ! Tolong !

"ARGHHHHHH ! " aku terpekik meminta bantuan. Sungguh ia menyeksakan diri.

Sakitnya dibakar lebih perit daripada sakitnya jiwa. Sumpah, aku sangat sakit. Seluruh badan kepanasan yang semakin membara. Aku terpejam mata kerana terlalu pedih.

Tiba-tiba, aku jatuh terjelepuk ke bawah. Aku tersentak sambil melepaskan nafas. Dadaku turun naik. Aku pandang ke hadapan. Kini, seluruh tempat seperti terbakar. Anehnya aku berada dalam satu lingkaran hitam, yang tidak dibakar. Hanya aku yang berada di tengah-tengah.

Masih tersisa rasa kepedihan akibat dibakar tadi. Sungguh, ini adalah kesakitan yang paling menyeksakan. Masih tidak ku percaya kata-kata Hazril. Adakah ini neraka yang dia maksudkan?

Aku duduk bersimpuh di tengah-tengah lingkaran ini. Aku melilau sekeliling. Ternyata semuanya api mengelilingi lingkaran ini. Aku diasak dengan seribu pertanyaan. Apa yang akan berlaku selepas ini? Adakah pengakhirannya menyeksakan?

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang