Episod 108

27 5 0
                                        

DALAM sebuah bilik yang gelap dan dingin, seorang lelaki sedang mengetik sesuatu pada papan kekunci komputernya. Bermacam-macam warna yang terpantul pada iris mata lelaki itu. Bibirnya perlahan mengukir senyuman senget setelah rancangannya hampir berjaya.

Ternyata benarlah apa yang Jay kata. Kalaulah dari awal lagi dia tidak gelojoh, pasti impiannya sudah lama berjaya. Kini, sudah 90% siap. Dia tidak sabar untuk melihat kejayaan terbesarnya itu.

Selepas ini, dia hanya perlu melaksanakan sisa baki rancangan demi memuaskan hatinya. Semua ahli dah lengkap, kabel pun bersepah, tinggal menunggu masa sahaja.

Tidak lama lagi, pasti penghalang rancangannya akan musnah. Seterusnya, semakin mudah dia mendapatkan Kayla. Dia tidak sabar mahu menyeksa wanita itu. Mungkin lebih seronok berbanding Belinda yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Tetapi, seperti apa yang dirancang, penghalangnya harus disingkirkan.

Siapa lagi kalau bukan Imran.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

NIGHT drive. Itulah yang Imran mahu lakukan sekarang untuk membawa hati yang lara. Selepas menerima khabar duka yang menyakitkan, terlebih dahulu dia ke masjid untuk solat asar.

Masa berikutnya pula digunakan untuk bermenung di dalam rumah Allah itu. Dia jarang berzikir, hanya memikirkan apa yang dia harus lakukan sebenarnya. Dia masih enggan menerima nasihat untuk melepaskan kisah dukanya itu.

Terlalu sukar. Itulah yang dapat digambarkan dalam nalurinya. Dia tidak sanggup melupakannya. Dia masih tidak mahu beranjak dari kenangan. Hadirnya MDD membuatkan jiwanya semakin terikat dengan kisah silam.

Walaupun Imran tahu hari demi hari akan semakin parah, dia tidak peduli. Apatah lagi malam itu hujan, matanya juga dihujani air mata, pandangannya menjadi kabur. Dia tidak peduli. Baginya, lebih baik dia mati sahaja. Mungkin itu satu-satunya cara untuk melupakan kisah silam kerana dia bakal berjumpa dengan sahabat-sahabatnya di taman syurga.

Dia mahu mati. Kerana hidup sangat memenatkan. Dia terlalu penat.

Penat menangis seorang diri.
Penat mengenang dosa-dosanya.
Penat menguruskan perniagaan.
Penat berpura-pura dingin.
Penat menyembunyikan perasaan.
Penat menahan kesakitan batin.
Penat bermimpi buruk.
Penat tidak boleh tidur.
Penat menahan sebak ketika melihat kembar sahabat-sahabat lamanya. Dalam hati dia mahu melepaskan rindu.

Dan juga penat untuk hidup. Dia sangat perlukan tidur yang panjang dan lena.

Matanya semakin berkaca lagi dan lagi. Wajahnya kemerahan akibat tangisan yang dilepaskan. Hatinya sakit tak berdarah. Masih teringat bait-bait kata Dr Zaidi.

"Irfan, tolong jangan patah semangat. Kau menangis berdarah sekalipun, mereka takkan datang pujuk kau pun. Mereka dah lama tinggalkan kau. Tapi itu tak bermaksud kau bersendirian.. Aku ada untuk kau".

' Mereka takkan datang '. Tidak, mereka datang. Datang dalam mimpinya. Tetapi mereka semua bencikan Imran. Mereka bencikan kesalahan yang Imran lakukan. Mereka semua marahkan Imran. Dialah yang paling bersalah terhadap mereka bertiga.

Malam itu, dia mengambil keputusan bersendirian di dalam kereta selepas menunaikan solat Isyak. Dia mahu berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Dia juga hendak melepaskan tekanan. Kerana mungkin ini adalah caranya.

Dengan jiwa yang pedih, dia mengetuk-ngetuk stereng keretanya untuk menahan geram. Geram dengan diri sendiri.

TAP! TAP! TAP!

Dia tidak kisah andai stereng itu rosak. Kerana dia mahu merasai sendiri akibat perbuatannya itu. Tidak cukup dengan merosakkan stereng, dia menjerit dengan sekuat hatinya.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang