Episod 120

20 5 0
                                    

FAYYAD dan Budin begitu tekun dengan kerja-kerja mereka. Sekejap menaip, sekejap menulis, sekejap melukis. Tiga rutin itu sentiasa berulang dalam setiap masa.

"Ku sangkakan kerja menggembirakan, ternyata lebih menyakitkan ! " keluh Fayyad sambil memegang kepalanya kerana sedari tadi asyik berpusing.

"Runsing kepala aku dengan semua kerja ni. Ketua kita tu bukannya tolong pun. Kalau ya pun ambillah dua tiga dokumen. Ini semuanya nak bagi kat kita. Mentang-mentang pembantu dia ada dua. Isy ! " ujar Fayyad lagi.

"Lama-lama aku stres begini, boleh botak aku jadinya. Tengoklah Budin... Gugur dah rambut aku. Habis rosak comma hairstyle aku. Huhuhu... " Fayyad membuat muka kasihan.

"Dey Budin, aku bercakap dengan kau lah. Takkanlah sepatah pun tak nak jawab? ".

Fayyad pun mengintai Budin di meja sebelah kerana terhalang oleh pemisah. Apabila dilihat, Budin sedang menaip sesuatu pada komputernya.

"Eh, kau tak penat ke bekerja? Dari aku asyik dengar bunyi tap..tap...tap... Boleh trauma kalau 10 tahun aku kerja sini".

Namun Budin hanya senyap. Matanya kekal merenung aksara-aksara yang tertera pada skrin komputer tersebut.

"Isy, kau tak sakit mata ke? Pakailah cermin mata kau, Budin. Aku dari jauh pun silau gila" ujar Fayyad lagi.

Kadang-kala Fayyad terlupa bahawa Budin ni bisu. Sebab itu dia selalu berpot-pet pot-pet.

Fayyad pun mengambil cermin mata Budin di tepi komputer Budin. Dia bingkas bangun dan memakaikan cermin mata berbentuk bulat itu kepada Budin. Satu senyuman Fayyad berikan.

"Perghh.. Hensem doh kau dengan spek mata tu. Memang sesuai dengan frame nipis warna perak. I like ! I like ! " Fayyad tersengih suka.

Kemudian, Budin menjeling rakannya yang bersuka ria. Amboi, kerja bukan main tertangguh.

"Isy, jeling pun hensem. Inikan lagi kalau kau senyum. Macam Sharul Kamal aku tengok" puji Fayyad.

"Dah lah, aku nak rehat kejap. Aku usya laman web TidH. Ohok ohok" Fayyad sengih.

Budin hanya menggeleng. Suka hati kaulah Fayyad.

Fayyad kembali duduk dan menggerakkan tetikus ke kiri dan kanan. Dia pun pergi ke laman web tersebut dan melihat-lihat perkembangan terkini mengenai TidH.

"Fuyooo ada muka Kayla lah kat sini ! Famous rupanya dia ! " bersinar mata Fayyad.

Dia pun meneruskan melihat berita menarik berkenaan syarikatnya sendiri. Sungguh dia teruja rupa-rupanya TidH bukan calang-calang syarikat. Lebih 1000 projek yang mereka berjaya laksanakan.

"Eh, ada video yang baru upload? " Fayyad pun cuba klik video berkenaan.

Video itu hitam dan gelap. Matanya didekatkan pada sesuatu yang bergerak dalam video itu. Serta-merta, keadaannya terang-benderang dan kelihatan seorang perempuan yang sedang menyesot.

Apabila diamati warna pakaian pada perempuan itu, terbeliak mata Fayyad. Kemudian, dari hujung bilik, muncul seorang lelaki yang berkemeja. Apa yang membimbangkan, lelaki tersebut membuka butang kemejanya perlahan.

"Oh my god ! " Fayyad menekup mulut saat wajah lelaki itu terpampang jelas pada skrin.

"Weh, Budin tengok sini ! " suara Fayyad kedengaran cemas. Budin pun segera ke meja sebelah dan melihat pada skrin komputer Fayyad.

Kedua-dua jejaka itu berpandangan dengan penuh tanda tanya.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

550 TahunWhere stories live. Discover now