Episod 125

36 8 0
                                        

KAYLA turun ke lobi untuk membeli tin minuman berperisa teh lemon. Kebetulan di lobi itu juga tersedianya mesin air berdekatan dengan kaunter yang Nisa bertugas.

"Uish, kering pula tekak ni" ujarnya sendiri sambil berkerut. Entah berapa jam dia menghabiskan masa dengan melukis.

Sesampainya di sana, Kayla pun memasukkan dua not biru ke dalam mesin. Selepas itu, dia pun menekan punat pada air yang dimaksudkan. Sekelip mata, terdengar dentuman kuat tin air itu jatuh. Kayla duduk berteleku lalu mengambil tin minuman itu.

"WEH KAYLA ! " datang seseorang menerjah.

Hampir-hampir sahaja Kayla hendak mengetuk seseorang itu dengan tin. Apabila ditoleh, rupa-rupanya Nisa yang mempamerkan wajah yang hodoh.

"Isy, kau ni apahal ?! Main terjah je orang ! ".

Nisa hanya sengih sambil meliuk lentok dah macam lalang.

"Aku ketuk dengan tin ni karang ! " rimas Kayla apabila melihat Nisa seperti itu.

"Hehe, janganlah maroh adik Kayla oi. Aku mai ni nak ajak hang makan.. ".

"Lah, aku kan lunch dengan kawan aku kat luar ? " Kayla bercekak pinggang. Kenapa tiba-tiba nak makan sama-sama ni?

"Batalkan untuk hari ni boleh dak ? Ada hal penting yang kita nak bincang".

"Bincang apa pulak? Kerja kau kan kat kaunter je ? Lagipun,bukan kau tengah kerja ke? ".

"Isy, hang ingat aku sorang je ke yang kerja kat situ ?! Sekarang ni hal terlalu penting ! Faiq yang ajak ! ".

"What? Faiq yang ajak ? Bukan sepatutnya dengan kau je ke? ".

Nisa menepuk dahi.

"Aduihh, hang ni ! Jangan banyak soal boleh dak ? Ikut jelah aku ! Tak lama pun ".

"Kat mana? " Kayla menyoal sambil mengerutkan dahi.

"Dekat ruang tetamu. Kat situ jarang orang ada. Meh lah, Kayla " pujuk Nisa.

"Isy, yelah-yelah ! " Kayla hanya akur.

Mereka berdua pun berjalan ke ruang tetamu yang terletak di belakang dinding kaunter. Ruang itu sebenarnya lebih tersorok. Malah, pada waktu rehat ini, pekerja lebih gemar makan di meja kerja.

Apabila dua gadis yang berbeza usia itu sampai, kelihatan Faiq yang sedang duduk di sofa. Dia sedang bermain dengan telefon sambil menyuap macaron ke dalam mulut.

"Hmm.. Lama nampak " kata Faiq sambil mengunyah makanan.

Nisa dan Kayla pun mengambil tempat di hadapan Faiq. Hanya dipisahkan dengan meja kecil. Kayla masih berkerut dahi manakala Nisa pula mencebik.

"Telan dulu lah kalau ye pun ! Sengau benor suara tu" Nisa menegur sikap tunangnya itu.

"Hehe " Faiq pun menayangkan giginya.

"Nak bincang apa ni? Cepatlah " ujar Kayla pula sambil membuka penutup tin.

"Makanlah dulu Kayla. Tengok, Faiq dah sponsor spageti dan macaron untuk kita bertiga. Hah, makan-makan" Nisa tersenyum bangga.

"Nisa yang paksa sebenarnya" bidas Faiq.

Nisa mencebik.

"Fuyoo.. Ni meeting sambil makan makanan Barat kita hari ini ! Biasanya dengan nasi minyak " bersinar mata Kayla apabila melihat tiga bungkus spageti dan sekotak macaron.

"Haah, Nisa yang ngidam dua makanan tu " balas Faiq.

"Isy, banyak celoteh lah kau ni, Faiq ! Dah-dah, makan dulu " celah Nisa pula.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang