Episod 98

44 7 2
                                        

MATA Imran masih tidak berkedip. Dirinya terkaku. Menggigil tangannya.

Kayla dan yang lain merasakan keanehan Imran. Lantas, cepat-cepat Kayla memperkenalkan diri mereka.

"Imran, inilah kawan-kawan saya. Yang gaya rambut macam wolf cut tu Fayyad. Yang pakai cap tu Budin. Hah Fayyad dan Budin, inilah Imran. Boss kat tempat kerja aku. Dia tua setahun je dari kita" Kayla senyum.

Fayyad dan Budin terpana mereka seketika dengan penampilan majikan Kayla. Fayyad pun menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Bro, nama aku Fayyad. Nampak handsome kau dengan baju silat ".

Imran masih terkaku. Tangannya tidak kuat untuk bersalaman.

Nampak sahaja Imran tidak bersalaman, Fayyad menggenggam tangannya sahaja. Faham-fahamlah mungkin majikannya itu tidak suka bersalaman.

"Err.. Member aku ni bisu. Tapi dia still boleh dengar kalau jarak dekat " ujar Fayyad.

Budin pun sekadar tersenyum dan menunduk. Kalau dia bersalaman, mesti akan jadi seperti Fayyad.

Kayla pula semakin aneh dengan sikap Imran yang berubah secara tiba-tiba. Tadi kemain peramah.

Imran masih tidak percaya wajah dua orang ini muncul di kehidupan ini. Masuk hari ini, sudah kali ke berapa dia menemui pelanduk dua serupa kenalannya.

Yang paling hairan, 'Fannani' boleh bercakap. Malah lebih mesra seperti Udin. Namun, 'Udin' pula yang bisu. Malah lebih sopan seperti Fannani. Tubuh mereka seolah-olah ditukar pada hayat ini. Sukar untuknya menerima dengan logik akal.

Tanpa segan silu, Imran terus memeluk mereka berdua dengan seerat-eratnya. Ya Tuhan, dua manusia inilah antara yang dia paling rindukan. Imran memeluk mereka sebagai tanda melepaskan rindunya. Hanya Tuhan sahajalah yang tahu betapa besarnya rindu Imran kepada sahabat-sahabatnya dulu.

Dalam hati, Imran berbisik, 'Aku rindukan kalian....'. Bisikannya itu disertakan dengan air mata. Terpejam matanya dalam menghayati detik ini.

Sementara yang lain mula hairan. Terutamanya Kayla. Mereka terkebil-kebil dan menggaru kepala. Fayyad dan Budin hampir sesak nafas kerana jarak mereka lebih dari dekat. Lantas Fayyad mencuit bahu Imran. Lama sangat ni peluk. Nanti orang melabelkan mereka Gay pula.

"Err.. bro, kau ok tak ni? " soal Fayyad.

Imran membuka mata apabila menyedari dari lamunan. Lantas dia melepaskan pelukan dan sempat mengesat air mata tanpa diperhatikan.

Apabila yakin air mata bersih, Imran memandang mereka semula.

"Muka korang berdua mengingatkan kawan-kawan aku. Sorrylah pasal tadi" ujar Imran. Mujurlah suaranya tidak serak.

Barulah ketiga-tiganya faham.

"Takpe Imran, diorang tak kesah pun. Eh jomlah, kita lepak kat warung depan sana. Boleh berborak sikit" kata Kayla.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

DEJA Vu. Itulah yang dirasakan Imran sekarang. Kalau berbalik pada 550 tahun yang lepas, dia bersama Mawar, Udin dan Fannani di tepi pantai. Tetapi pada tahun 2022, dia bersama Kayla, Budin dan Fayyad di warung. Ulangan jenis apakah ini duhai Tuhan?

Ketiga-tiganya malah memiliki wajah yang seiras dengan sahabat-sahabatnya yang sudah terlalu lama meninggalkan dunia. Dia masih menatap wajah Fayyad dan Budin. Dalam hati dia ingin memeluk mereka sekali lagi.

"Bro, muka kitorang ni macam kawan-kawan kau ke? " Fayyad bersuara ingin tahu.

Lambat-lambat Imran mengangguk. Masih dia tidak percaya 'Fannani' boleh bersuara dengan normal. Keadaan ini mengingatkan dia semasa Fannani menyebut nama mereka satu-persatu walaupun sebutannya tidak lancar. Malah suara itulah yang Imran sudah lupa kerana ditenggelami zaman. Sekarang suara itu muncul kembali.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang