Sebaik sahaja pintu rumah telahpun dikunci, dengan kuat Kayla mencampak beg tangannya.
BUK !
" ARGHHHH HHHHH ", dia menjerit kuat lalu berlutut ke lantai.
Dia memukul-mukul lantai itu dengan tangannya sekuat hati.
" KENAPA DIORANG JAHAT ? KENAPA HATI DIORANG BUSUK ? KENAPA HAHHH !!!! ", tengking Kayla sendiri. Kalau dia berada di restoran tadi itulah ayat yang dia hendak menjerit ke setiap telinga orang-orang yang mencemuhnya. Termasuk Hazarol. Punca hal ini berlaku.
Air mata Kayla kembali mengalir lagi. Punyalah penat tunggu semasa dalam perjalanan pulang. Kini tiada siapa di hadapannya jadi dia boleh sambung meraung lagi.
Kayla menangis teresak-esak sambil memukul lantai. Meskipun sakit, siapa sahaja yang peduli ? Tiada siapa bukan? Hanya Allah menjadi saksi di atas kejadian ini.
Mindanya teringat semula pada setiap ayat-ayat yang menggores hatinya
" You ni memang cepat koyak kan ? Baru sikit dah merajuk. I dah order dah dishes untuk you, tapi you still kata I ni kedekut ? Sampai hati you, Mikayla ".
" Omg baby, comotnya bibir you ! You pandai makan ke tak sebenarnya nih ? Tengok tu ! Sampai meleleh kuah spaghetti. Macam hantu zombie dari Train To Busan dah I tengok ! Tu, mengalir satu lagi kat hujung bibir. Macam Drakula lah pulak ! "
" Omaigad bro, ini ke girlfriend you ? Nampak macam pengemis jalanan je I tengok. You tak ajar ke cara-cara nak makan dengan betul? "
" Excuse me, miss ? I think you should duduk kat taska jelah ! Buat malu je datang makan kat sini. Shiuu, shiuu, go away from here~"
" Seriously, she's poor ke ? Uh noo, kesiannya gf you. Patutlah tengok rupa macam mak cik cleaner.. Ahahahahah"
" Hahaha, are you crying, baby ? Manjanya you ! Macam budak tak cukup susu mak. How funny ?! "
" Hahhh, she's crying. Oh no, CRYING ! Is anyone can help her ??? "
" Hey miss, I rasa you mesti dah tak ada mak kan? Sebab tu you tak cukup susu. Eish, I think you kena minum susu banyak-banyak lah. Baru tak jadi manja macam ni~"
" Yes, dude. Mak nye dah lama meninggal. Dengar cerita accident dengan skandal... "
" Skandal ??? I tak salah dengar kan ? Mak you dulu curang dengan bapak you ke? Mesti dia tu perempuan murahan kan? Ahahaha ! "
" Yeah, I think so.. . Mungkin itu balasan sebab curang. Kesiannya you Kayla, ada mak tapi tak berguna. Bila dah mati mesti dia tengah sengsa----- "
" SHUT UP! ! !! ! "
" Dah diam ! Cukup ! Aku tak nak dengar lagi !! ! ", Kayla sudah menutup telinganya yang dilitupi dengan tudung kuat-kuat.
Suara seraknya keluar. Berbaur tangisan yang teramat. Sungguh, andai dia dapat melihat rupa batinnya, sudah pasti batinnya sudah berlumuran darah kerana dihina teruk sampai menikam-nikam bertubi-tubi ke dadanya.
Kayla mencengkam dadanya supaya menahan sabar walaupun sedikit. Duhai Tuhan, sabar itu memang indah, tetapi kenapa begitu sakit untuk melaluinya?
Kenapa semakin tinggi kesabaran, semakin tinggi ujian ?
Hatinya paling terluka apabila ada orang yang menyelit ibunya dalam penghinaan.
Semuanya berpunca semasa dia kecil dahulu. Kisah 17 tahun yang lepas.
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
Tahun 2005
Pada waktu rehat di sebuah sekolah rendah, ramai murid berlari-lari ke arah kantin kerana takut sekiranya makanan habis dijual. Padahal, merekalah murid-murid terawal yang keluar.
YOU ARE READING
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...