"DOKTOR, macam mana dengan dua orang kawan saya??? " soal Kayla dengan nada cemas apabila doktor lelaki telah keluar dari wad.
Doktor itu berdehem sebelum berkata.
"Dua-dua kehilangan banyak darah. Lutut mereka juga cedera teruk. Saya perlukan darah A+ untuk Fayyad. Darah B+ pula untuk Budin ".
"Ermm.. Lepastu, ada apa masalah ke? ".
"Sekarang ni stok darah kami dah habis. Jadi, saya benar-benar perlukan orang yang ada darah yang serupa dengan mereka ".
"Apa?? Dah habis?! " mata Kayla terbeliak. Nak derma darah pun tak guna juga kerana dia darah AB+. Hanya boleh menderma darah yang sejenis. Tetapi, darah AB+ penerima darah universal pula. Isy.
"Tapi doktor, takkan satu pek pun tak ada? ".
"Maaf, cik. Memang tak ada. Kami perlukan derma darah sahaja. Kalau tidak, peluang untuk mereka hidup menjadi tipis. Ada kemungkinan kalau mereka tak dapat diselamatkan ".
Kayla terkelu. Sampai begitu sekali teruknya. Dalam hati masih marah dengan Imran. Kalau dia tak tercongok depan mereka, pasti mereka tidak kehilangan banyak darah.
"Lepastu, darah jenis apa yang mereka perlukan? ".
"Kami perlukan darah O+ untuk kedua-duanya. Paling tidak pun, darah A+ dan B+ ".
"Minta malam-malam macam ni? Ada ke yang sudi tolong? ".
"Masih ada lagi pelawat di hospital. Saya terpaksa minta bantuan dengan segera. Sebab kita memang tak banyak masa".
"Tak apa, doktor. Saya boleh derma ".
Kayla dan doktor lelaki itu menoleh. Kayla terus menjeling tajam apabila orang itu ialah Imran yang tiba dengan muka mendatar.
"Ermm.. Boleh saya tahu jenis darah encik apa? " soal doktor itu.
"Saya O-. Penderma darah universal " balas Imran dengan pakaian sutnya yang masih kebasahan.
"Ermm.. Encik pernah derma darah sebelum ni? Kalau belum, kita daftar dulu. Baru masuk ke prosedur yang seterusnya".
"Baik, doktor ".
"Okey, mari ikut saya".
Imran pun berjalan merentasi Kayla. Kayla pula hanya terdiam. Sungguh tidak sangka bantuan hadir secepat ini.
Tatkala Imran hilang dari pandangan, terbit perasaan bersalah di hati. Sepatutnya, tidak patut Kayla menghamburkan kata-kata kesat kepadanya. Dia tahu Imran pasti tersinggung hati. Namun dia kembali seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kayla pun berjalan dan duduk di sebuah kerusi. Dia menyesal kerana memarahi Imran. Tetapi, dia sebenarnya tertanya-tanya. Kenapa Imran tidak segera menolong mereka? Kenapa dia harus melihat sahaja?
Apabila teringat kisah tadi, Imran seolah-olah takut. Dia seperti trauma. Lagipun, manusia mana yang duduk tercegat bila terlihat sebuah kemalangan? Pasti ada yang tidak kena perihal Imran.
Daripada Kayla duduk bermuhasabah diri, ada baiknya dia solat sunat hajat. Meminta bantuan daripada Allah demi kesejahteraan ketiga-tiga jejaka itu.
Dia pun bingkas bangun dan menuju ke kaunter. Apa lagi kalau bukan untuk bertanya di mana surau.
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
"EH Kayla ! Kau pun ada kat sini ! " terkejut Syanis apabila mendapati bahawa mereka terjumpa di tempat yang lain.
"Eh Syanis ! Engkau apahal datang sini ? " soal pula Kayla ketika memilih makanan dalam kedai serbaneka.
"Uii, soalan tu agak-agak eh ? Kau tu hah yang kenapa datang sini! " Syanis bercekak pinggang.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...