"Aku ingatkan aku sorang je yang lambat bersiap, rupanya minah ni dua kali lima daripada aku ", omel Kayla sendirian di dalam kereta.
Semuanya gara-gara Nisa yang terhegeh-hegeh hendak bertumpang kereta dengannya. Sebelum ini, Nisa hanya menggunakan grab sahaja. Tetapi kerana dia mahu menjimatkan wang, kereta Kayla yang diguna.
"Haihlah Nisa, nasiblah duduk satu taman. kalau tak, jenuh aku nak cari rumah kau jauh-jauh ", omelnya lagi sambil menopang dagu di tepi tingkap kereta. Mujurlah dia tidak kepanasan.
Kayla mengerling ke jam tangannya, sudah pukul 5:30. Nampaknya sudah setengah jam bayangan Nisa masih tidak kelihatan. Sebentar tadi, sudah berkali-kali dia mesej kepada Nisa. Dari tadi katanya ' tunggu lima minit '.
Tiba-tiba, pintu keretanya diketuk. Panjang umur empunya badan. Nisa tersengih dari luar. Segera Kayla membuka kunci untuk membenarkan anak dara itu masuk.
"Kemain eh kau bersiap ! ", perli Kayla. Tetapi, penampilan Nisa memang cantik pun. Baju kurung berwarna biru muda, berselendang putih. Nampak smooth je tengok.
Berbanding pula Kayla, nampak smart. Baju kurung berwarna hitam, kain bercorak warna merah. Selendang pun warna merah.
"Ehehe, bukan selalu dapat melawa ", Nisa tersengih lagi.
"Pergh, jenis perfume apa yang kau pakai ni ? Kuatnya ! ", Kayla mengibas-ngibas tangannya sambil mengerutkan dahi.
"Mahal tau kau beli perfume tu ! Sedap-sedap kau eh nak kutuk ! ".
"Eh, bila masa pulak aku kutuk ? I tanya je okay ? ".
"Eleh ", Nisa mencebik.
"Dahlah, daripada bertekak dengan kau, better gerak dulu. Majlis start kul enam, kita duk berpot-pet kat sini ! ".
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
"Kenapa lambat ? Tahu tak awak berdua ni ada kerja penting ? ", marah Puan Hasnidah kepada Kayla dan Nisa yang baru tiba di lobi Midnight Nostalgic Hall.
Puan Hasnidah, wanita yang berusia 50 tahun. Beliau ialah seorang ketua pengurus yang bertugas dalam persiapan tempat. Kayla dan Nisa antara ahlinya.
Kedua-dua gadis itu meneguk liur. Tidak berani bersuara. Kepala mereka menunduk ke bawah. Kedua-dua bersalah.
Nisa bersalah kerana bersiap lambat. Kayla pula kerana berpatah balik semula ke rumahnya akibat terlupa membawa telekung.
Kebetulan Kak Ju yang lalu di hadapan mereka terhenti. Dia pun mendekati mereka perlahan-lahan.
"Eh Kak Nidah. Tak payahlah nak marah diorang. Waktu dah bertukar dah pun. Tadi PA Tuan Imran kata majlid start pukul tujuh. Dekat dengan waktu berbuka. Nanti time tu semua kena baca Al Quran. Yang uzur siapkan hidangan ".
"Eh, ye ke Ju ? Faiq tu baru bagitahu ke apa ? ", Puan Hasnidah inginkan kepastian.
"Haah. Tuan Imran tukar plan pula. Kiranya oke lah tu. Tak delah awal sangat majlis ".
Dalam hati, Kayla dan Nisa berasa lega yang teramat. Punyalah mereka fikir selepas ini diberi makian percuma pula daripada majikan.
"Hmm, yelah kalau macam tu. Haaa, korang berdua ! Saya nak korang tolong bantu kaum hawa di dapur. Pasal korang lambat, semua meja-meja dengan kerusi-kerusi dah lama siap ! Dah cepat ! ", arah Puan Hasnidah.
Terkinja-kinja Kayla dan Nisa hendak bergerak. Mereka pun sama-sama masuk ke dalam lalu pergi ke ruang dapur di belakang dewan.
Setibanya mereka di dapur, kelihatan Faiq yang baru memunculkan diri. Terpegun dua orang anak dara itu melihat kekacakannya.
YOU ARE READING
550 Tahun
قصص عامةIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...