TATKALA malam yang sunyi diiringi suara burung hantu, Sani menapak ke dalam markas persembunyian mereka iaitu sebuah rumah yang usang. Namun dalamnya serba mewah dengan segala perhiasan.
Sani berkerut dahi apabila rumah itu dikerumuni oleh asap. Sani sampaikan terbatuk-batuk menghidu asap itu.
"Pastinya Hazril mengerjakan sesuatu ! ".
Sani menyangka Hazril sedang melakukan sihir. Dia pun meluru masuk ke dalam bilik Hazril yang terletak di hujung.
Sebaik sahaja pintu dibuka, memang benar sangkaannya. Kelihatan Hazril terkumat-kamit membaca sesuatu yang tidak difahami. Di hadapannya penuh dengan barangan sihir antaranya tengkorak manusia sebenar.
Tidak lama kemudian, tangan Hazril sepertinya sedang menggenggam sesuatu di udara kemudian memasukkan ke dalam satu bungkusan berwarna kuning.
Sani hanya duduk di hadapan Hazril. Menanti upcara itu selesai. Setelah itu, Hazril pun mengikat bungkusan kuning itu dan membacakan mantera. Mungkin ayat untuk menjampi menurut sangkaan Sani.
Selepas upacara itu selesai, kepulan asap itu pun beransur hilang. Hazril yang memejamkan mata, mula membuka kembali.
Memandang Sani dengan muka yang mendatar."Kali ini kepada siapa pula sihir itu? " soal Sani yang tahu.
Hazril hanya tersenyum sinis.
"Siapa lagi kalau bukan musuhku sejak azali".
"Indra? ".
Senyuman Hazril semakin lebar.
Sani sekadar mengangguk.
"Aku mahu dia keluar dari istana ini dengan sendiri".
Sani mengangkat kening.
"Adakah kau hendak membuatnya sakit yang begitu parah? "
"Siapa kata aku hendak membuatnya sakit? ".
"Jadi, kau bukan menyihir Indra? ".
Hazril menggeleng.
Sani keanehan. Mengapa lelaki itu tersenyum apabila nama Indra disebut?
"Indra terlalu kebal. Aku tidak tahulah kuasa apa yang dipakainya. Jadi, aku hanya membuat hidupnya terbeban dengan sekelilingnya " ujar Hazril seraya tersenyum.
Kini, barulah Sani faham akan maksud Hazril.
"Sudah berkali-kali kita menggunakan cara yang kasar. Tapi, hasilnya langsung tiada. Jadi, kali ini aku gunakan cara yang halus. Biar dia rasakan penderitaan dengan perlahan-lahan sehinggalah dia terpaksa berhenti kerja kerana sibuk menyelesaikan masalah sendiri.. Selepas itu, sultan akan mencari tabib yang baru".
"Tapi, bagaimana kalau sultan pula yang setia menunggu kepulangan Indra? ".
"Itu kerja mudah. Kerana aku sudah menyediakan tabib yang baru" balasnya dengan tersenyum lagi.
Hazril pun menghulurkan bungkusan kuning itu tadi.
"Kau pergi tanaman bungkusan ini di depan rumah Indra. Pastikan waktu itu seorang pun tidak kelihatan ".
Sani mengambilnya dengan berhati-hati.
"Perintahmu akanku laksanakan sekarang juga".
Sani pun berdiri lalu keluar dari ruang bilik itu. Dalam hati dia tersenyum sinis. Bukan kerana dapat melakukan perbuatan yang mendatangkan ganjaran. Tetapi, dapat melihat dendam Hazril terhadap Indra semakin tiba di kemuncak.
'Nampaknya niatku semakin berhasil. Moga ini menjadi titik bagi kehancuran hidup kau, Hazril ' katanya dalam hati.
⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳
INDRA pulang dari berniaga dengan hati yang senang dan riang. Hari ini dia begitu gembira kerana keuntungan dari perniagaannya begitu banyak. Dia pun mempercepatkan langkah kudanya untuk sampai ke rumah. Setelah satu purnama rumah tangga mereka bahagia, akhirnya diberikan rezeki yang melimpah-ruah. Itulah balasan bagi orang yang beriman dan beramal soleh.
Dia pun akhirnya sampai di rumah. Hati pun melonjak naik ingin menyampaikan khabar gembira kepada si isteri.
"Assalamualaikum dinda ! Kanda pulang ni ! ".
Tiba-tiba, terdapat segulung baju tercampak ke wajahnya. Mata Indra terbeliak apabila orang yang mencampakkannya itu adalah isterinya.
"Dinda, mengapa baju-baju kanda, dinda campakkan? " soal Indra dengan nada yang terkejut.
Mawar hanya bercekak pinggang.
"Hari-hari selalu saja dinda yang buat kerja rumah ! Kanda pula keluar pagi, petang malam baru pulang ! Apa kanda fikir dinda ini dayang istana? Orang suruhan? ".
Indra sangat terkejut dengan cara Mawar bercakap. Dalam seumur hidup, dia tidak pernah Mawar semarah ini.
"Dinda, mengapakah begitu kata-katamu? Apa dinda terlalu lelah ya membuat segala kerja di rumah? " soal Indra dengan prihatin.
Mawar hanya berdecit.
"Sudahlah, dinda malas hendak layan pertanyaan kanda yang tiada kesudahan ! Kanda suka-suka keluar rumah, dinda pula terkurung di sini ! Kanda fikir dinda ini anak kecilkah yang perlu dikurung? Hari-hari buat perkara yang sama ! Dinda jemulah dengan semua ini ! " jerkah Mawar lagi.
Lagilah terkejut Indra dibuatnya. Suaranya makin ternaik-naik.
"Apa yang sudah jadi kepada dinda? Siapa yang ajar dinda untuk tinggikan suara kepada suami? " soalnya lagi dengan lembut.
"Hah, jadi dinda tidak boleh tinggikan suara kepada kanda? Bermakna dinda perlu berlembut dengan kanda seperti perempuan murahan? Lembut bagai sutera? Seperti mak inang? Macam itu ya? " Mawar tersenyum sinis. Lalu dia menyambung kata.
"Jangan haraplah kanda ! Mulai hari ini, dinda akan berkasar dengan kanda ! Dinda tidak kisah kalau kanda ceraikan dinda ! Kerana itulah kemahuan dinda ! Dinda tak mahu lagi menjadi isteri kepada peniaga ! " herdik Mawar.
"Astaghfirullahalazim, apa yang dinda katakan ini? Tidak dinda, kanda takkan ceraikan dinda ! Kanda akan cari jalan untuk ubahkan sikap dinda ini " balas Indra seraya menuding jari. Dia berasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap Mawar.
"Oh, tidak mengapa.. Kanda lipat semua baju itu ! Selagi tidak sudah, jangan harap hendak tidur di bilik! " jerkah Mawar lagi lalu berjalan masuk ke dalam bilik.
Dari luar, Indra sudah mendengar pintu biliknya dikunci.
"Astaghfirullah, apa sudah jadi kepada isteriku? Siapa yang tergamak menganiayanya? " kata Indra sendirian.
Dia pun mengeluh lalu mengutip segala pakaian yang dicampak tadi ke dalam rumah.
*
*
*
*Surah Al-Baqarah 2:102
وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ
Maksudnya: "Tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir.
-Syaitan yang dilaknat mengajar manusia sihir dengan tujuan tidak lain tidak bukan hanya untuk menjadikan mereka mensyirikkan Allah. Dengki manapun kita kat orang tu, jangan sesekali melakukan sihir.
Sumber:https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1370-al-kafi-253-pendirian-islam-berkenaan-sihir
![](https://img.wattpad.com/cover/315851591-288-k451614.jpg)
YOU ARE READING
550 Tahun
Fiksi UmumIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...