KAYLA masih terkejut dengan kehadiran Imran. Setelah Hazarol dibawa pergi, dia pun bertanya.
"A.. awak buat apa kat sini? ".
Imran pun memandang Kayla semula.
"Ermm.. Sebenarnya, lepas keluar dari dewan, saya ternampak kereta Hazarol. Sepertinya jalan yang dia lalu tu menghala ke rumah awak. Saya tak sedap hati. Jadi saya ikut dia. Tapi tak sangka pula dia pergi sini" terang Imran.
Kayla mengangguk. Mujurlah Imran ada.
Imran pula bersyukur Kayla selamat. Kalau bukan sebab alat pengesan yang dipasang dalam kereta Hazarol sewaktu dia melanggarnya pada hari itu, Kayla mungkin tidak akan selamat.
"Terima kasih selamatkan saya, Imran. Kalau awak tak ada, dah lama saya mati" ucap Kayla.
"Usahlah berkata begitu. Kalau Allah tak gerakkan hati saya untuk tolong awak, takkan terjadi juga".
Sebenarnya semasa di dewan tadi, Imran terbuka satu perisian yang mengesan keberadaan Hazarol melalui GPS. Secara tidak sengaja, lokasi Hazarol berdekatan dengan dewan tadi. Jadi Imran pun mengikuti untuk mencari bukti jenayah yang Hazarol lakukan.
"Erm.. Awak boleh berdiri tak? Nak saya angkat? " soal Imran dengan nada mengusik.
"Eh takpe, saya boleh berdiri " balas Kayla sambil berdiri.
Imran pun tergelak kecil.
"Ermm.. Ke mana babun tu pergi? " soal Kayla sambil membetulkan baju kurungnya.
"Itu awak jangan risau. Nanti polis akan selesaikan. Lepas ni dia takkan terlepas. Lagipun, dia memang dah jadi wanted. Pihak polis dah mula buru dia sejak dia terlepas haritu".
"Macam mana dia boleh terlepas? Pakai kabel ke? ".
"Ya, dia guna kabel. Dan kabel tu bukan calang-calang orang. Tapi, saya jamin kawalan akan jadi lebih ketat. Hazarol mungkin takkan dilepaskan sebab dia akan dipenjara".
"Baguslah macam tu ! Dia tu memang layak pun humban dalam penjara" kata Kayla.
Imran tersenyum. Dalam hati dia berharap pisang tidak berbuah dua kali. Dia tidak mahu nasib Kayla seperti Mawar. Cukuplah Mawar dibunuh oleh musuhnya dahulu.
"Anyway Kayla. Cantik baju kurung awak. Sama padan dengan baju melayu saya" puji Imran.
Buatnya, Kayla berpaling ke tepi. Isy, sempat lagi Imran ni !
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
"WHATTTTTTT !!!!! " alangkah terkejutnya Syanis selepas dia mendengar cerita Kayla yang penuh dengan drama.
Kali ini Kayla sudah tidak dapat menahan sabar. Dia pun merenjis air sirapnya ke wajah Syanis. Bising sangat dah kenapa?
"Kau ni tak habis-habis kan dengan suara kuat kau tu! " ujar Kayla dengan tegas.
"Alah, sorry wehh! Aku tak boleh tahan sabar ! " Syanis sengih.
Tiba-tiba, datangnya seorang pelayan yang sama pernah memarahi Syanis tempoh hari.
"Cik, nak saya blacklist nama cik pula ke? Tak boleh kawal ke suara tu? " soal pelayan itu.
"Maaf cik pelayan.. Kali ini kawan saya bawa cerita yang lagi goosebumps! Itu yang terjerit tu! Minta maaf lagi ya? " pinta Syanis.
"Haish, macam-macam lah ragam manusia sekarang" keluh pelayan itu lalu beredar. Kayla dan Syanis hanya memerhatikan pelayan itu pergi.
"Omg, Kayla! Gempak gila cerita kau! " puji Syanis sambil menyuap kentang goreng.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Ficción GeneralIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...