SEKALI lagi mesyuarat itu tergendala. Dalam hati Imran, tidak henti-henti beristighfar. Kepalanya rasa berdenyut. Faiq pula terbungkam. 11 orang yang lain tercengang.
Kayla mula berasa tidak sedap hati. Teringat lagi remaja perempuan berbaju putih hari itu. Adakah dia anak kepada lelaki berjanggut itu?
"Jangan suka-suka tuduh tuan kami ! Ikut kami sekarang ! " bidas pengawal keselamatan di sebelah kiri.
Lelaki berjanggut itu melemparkan pandangan tidak puas hati kepada Imran.
"Terhegeh-hegeh apa lagi ?! Cepatlah jalan ! Teringin nak kena seret pulak ke ?!" jerkah pengawal di sebelah kanan pula.
"Kau tu, jantan tak guna ! Kita jumpa di mahkamah ! " ugut lelaki berjanggut tadi sambil menuding jari.
"Nak ke mahkamah lain cerita ! Sekarang ni baik encik pergi sebelum kami bawa ke balai" tempelak pengawal di sebelah kiri tadi.
"Bagi salamnya tidak. Main terjah je macam burung gagak ! " sindir pengawal sebelah kanan pula.
Lelaki berjanggut itu merenung pengawal itu dengan tajam.
Kemudian dua pengawal itu terus menarik kasar lelaki tadi.
"Hish, biar aku jalan sendiri ! " tempelak lelaki itu.
Imran pula memicit dahi. Rasa tertekan mula menyelubungi diri.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi pelik yang membingitkan dari smartboard. Skrin besar yang tertutup serta-merta terbuka dan terpapar satu video yang gelap.
Semua mata tertumpu di situ dengan renungan yang terkejut. Siapa yang buka papan pintar itu ? Imran mengerutkan dahi.
Video yang gelap itu menjadi terang. Rupanya di dalam sebuah bilik, kelihatan seorang gadis berambut mengurai panjang sedang menyesot ke belakang. Malangnya, perempuan itu membelakangi kamera.
Jantung Kayla berdetak hebat. Pakaian gadis itu sama seperti remaja perempuan tempoh hari. Buatnya, Kayla tertelan liur.
Gadis itu seakan ketakutan apabila pintu dari hujung bilik terbuka. Kelihatan seorang lelaki berkemeja putih dan berseluar slack hitam. Lelaki itu perlahan-lahan mendekati gadis itu sambil membuka butang bajunya.
Pada awalnya, wajah lelaki itu kelihatan kabur. Namun, apabila lelaki itu semakin dekat, maka semakin jelaslah wajahnya. Wajah yang semua orang kenal.
Imran membeliakkan mata. Tak mungkin dia !
Dalam video itu pula, apabila lelaki itu sudah mengepung gadis malang tersebut, rakaman terus terhenti dan skrin besar tersebut dimatikan. Automatik semua mata memandang Imran dengan pandangan yang tidak percaya. Imran memperkosa seorang gadis?
Faiq juga berkali-kali menggeleng kepala. Kemudian, dia memandang Imran.
"I...itu b..bukan tuan k..kan? " Faiq menyoal dengan terketar-ketar. Sangat berharap bukan Imran orangnya.
Imran menggeleng dengan perlahan. Tetapi wajahnya jelas bahawa dia diserang panik. Jantungnya berdebar kuat. Lantas tangannya digenggamkan.
"SIAPA YANG BUAT VIDEO NI ?!!! " soal Imran dengan jerkahan. Ketika itu perasaannya bercampur-baur. Ada rasa takut, ada rasa marah. Berani mati betul gerangan yang melakukan sedemikian.
Pekerja yang lain mampu mengunci mulut. Badan mula menggigil dalam situasi tegang. Ditambahkan lagi dengan suhu bilik yang sangat sejuk. Kayla pula menunduk ke muka meja.
"AKU TANYA NI, JAWABLAH !!!! " jerkah Imran lagi.
Faiq yang berdiri di sebelah hanya memerhatikan tingkah laku pekerja yang lain. Seolah-olah seperti anggota polis yang sedang memantau banduan.
YOU ARE READING
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...