Episod 104

34 6 0
                                        

"ASSALAMUALAIKUM Syanis ", sapa Kayla dengan nada yang lesu.

" Waalaikumsalam, ko pehal ni ? Nak membuang pun tak senang ! ", balas Syanis di hujung talian.

" Kau..... free tak lepas zohor ni ? ".

" Free je... Kenapa ? ".

" Nak tak lunch dengan aku ? ".

" Boleh sangat ! Kat tempat biasa ke babe ? ".

" Nope, kat tempat lain ".

" Kat mano weyhh ? ".

" Nantilah aku jemput kau ! So, sekarang kau kat mana ni ? ".

" Perghhhh nak jemput akuuu !!! Ohhh, by the way aku kat rumah ni ! Tengah tengok The Nun Cheese. Datang lambat-lambat tau, cite ni baru masuk pertengahan ! ".

Kayla mencebik. Minah ni memang !

" Tapi kau tu bersiaplah juga ! Jangan buat aku tunggu ! Kalau tak, aku cari orang lain ! ".

Kedengaran suara Syanis mengeluh.

" Hishh, yelah-yelah my babe ! Okey, see you then ! ".

Panggilan telefon pun diputuskan.

' Harap-haraplah stres aku hilang lepas lepak dengan dia '.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

"FUYOOO, bila masa ada tokong setinggi ini kat hujung Selangor ni ?!! ".

" Kau ni kan, boleh tak jangan jerit kuat-kuat ? Tak malu ke orang tengok ? ".

Namun, Syanis buat tidak peduli. Tiba-tiba, langkahnya terhenti apabila membaca papan tanda pada 'tokong' itu.

임정온 食事Im Jeong On Shokuji

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

임정온 食事
Im Jeong On Shokuji

" Siapalah oppa yang bernama Im Jeong On tu ? ", soal Syanis bersama satu senyuman.

" Tulah nama owner dia. Hah, meh lah masuk ! Order makan dulu ", Kayla pun menarik Syanis masuk ke dalam.

Masuk sahaja ke dalam, alangkah berbunga-bunganya hati Syanis apabila disapa oleh penyambut tetamu yang memakai hanfu berwarna putih. Terasa bangga apabila dirinya disambut mesra oleh mereka.

" Dari luar nampak macam bersejarah, eh masuk-masuk je dah moden. Luas pulak tu ! ".

" Ini baru tingkat first. Belum lagi sampai 10 ".

" Lahh ada 10 tingkat ?! ".

" Yelah Dik Non ".

Mereka berdua pun beratur dengan sabarnya menghadap jammed. 10 minit kemudian, barulah tiba giliran mereka. Setelah memesan beberapa makanan serta membayarnya, Kayla dan Syanis pun pergi ke tingkat atas.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang