Episod 118

27 5 0
                                        

IMRAN tersedar dari mimpi buruknya. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh merecik di dahi walaupun biliknya sejuk. Dia menoleh ke tepi untuk melihat jam.

Sudah pukul lima pagi. Imran berpaling semula ke hadapan sambil mengurut dada. Tidak sangka kali ini mimpi itu disertakan dengan kemunculan Hazril.

Nampaknya derita silam semakin kuat menjerat dirinya. Imran mula merasakan jiwanya semakin rapuh. Degupan jantungnya menjadi pantas mengepam darah.

Imran segera mengalihkan selimutnya ke tepi. Dia perlu meminta bantuan daripada Ilahi. Kerana Dia-lah satu-satunya yang dapat menolong Imran dalam kemelut ini.

Imran menapak ke bilik air. Dia melihat wajahnya itu. Ternyata bukan mukanya bukan sahaja dihiasi peluh, malah air mata juga menyinggah di pipi.

Dia pun membasuh mukanya di sinki. Lebih tiga kali wajah dibilas. Kadang-kala air pun termasuk ke dalam hidung. Dengan begitu kasar wajahnya disental.

Setelah puas membersihkan wajah, pili air pun ditutup. Matanya masih merenung lubang sinki itu. Nafasnya yang berombak perlahan bertukar tenang. Kemudian dia mendongak.

Matanya terbeliak apabila menangkap satu figura di pantulan cermin. Ketenangannya itu hilang serta-merta. Matanya tak lekang dari menatap figura.

Rupa-rupanya, susuk Hazril memunculkan diri bersama senyuman menyeringai. Penampilannya sama seperti di alam mimpi. Disertakan pula dengan kepulan asap hitam di seluruh badan. Menambahkan lagi keseraman.

"Hahaha... " barisan gigi taringnya muncul ketika tertawa.

"Apa kau buat di sini lagi? Pergi ! " marah Imran dengan penuh debaran.

Hazril melentokkan kepalanya ke kiri dan ke kanan seperti ular. Bersama senyuman jahat dan mata yang terbeliak itu. Tubuh Imran hampir menggigil ketakutan kerana bentuk anak mata lelaki itu sama seperti mimpi tadi.

"Penderitaan kau adalah kemenangan aku, duhai Indra Sujiwa... Aku senang melihat kau berduka seperti ini lagi.. hehehe... " ujar Hazril lagi dengan suara yang begitu garau.

Amarah Imran muncul kembali saat jantan bedebah itu berkata.

"Bodoh ! Aku tahu kau bukan Hazril ! Kau dah mati ! Jangan kacau hidup aku lagi ! " matanya tajam memandang Hazril pada pantulan cermin itu.

"Hahahahaha" Hazril bergelak lagi.

"Kau dengan keturunan kau sama sahaja ! Dua-dua jahat ! " kutuk Imran lagi.

Ternyata Hazril sekali lagi melampau dengannya. Dahulu tidak serik mengganggu hidupnya. Kini, dia kembali dalam bayangan. Tidak cukup di dalam mimpi, di alam realiti juga datang mengganggu ketenteraman.

"Hahahahaha " tajam matanya menatap Imran.

"Aku yakin dia juga bisa menumpaskan kau dengan mudah ! Seperti mana aku lakukan pada kau, begitu juga dia akan lakukan ! ".

" KAU MEMANG BANGANG ! " tangan Imran naik untuk menampar Hazril.

Saat dia berpaling, kelibat Hazril bertukar kepulan asap hitam tadi. Tiba-tiba, dia menghilang.

Imran menggenggam rambutnya. Fikirannya semakin berserabut dengan segala apa yang sudah berlaku. Kakinya tidak mampu berdiri lagi. Akhirnya dia terduduk di lantai bilik air yang kering.

Dia menumbuk-numbuk lantai itu kerana terlalu geram dan marah.

"Kau memang tak guna, Indra ! Ini semua salah kau ! " Imran mencemuh dirinya sendiri.

"Arghhh ! " Imran menjatuhkan pula botol-botol sabun di atas para. Semuanya jatuh disertai dengan bunyi yang kuat.

Itulah rutin hariannya di setiap pagi. Sering meracau selepas tidur dan sepanjang hari dia hanya bereaksi seperti biasa. Kemudian berlarutan sehingga malam.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang