TATKALA pagi yang cerah, Kayla sudah memeriksa segala barangan dalam keretanya. Sesekali matanya tertancap pada seekor kucing yang hanya memerhatikannya di rumah sebelah.
"Auntie Fay okey kan jaga Melly tiga hari dua malam? " soal Kayla kepada jirannya.
"Okey sangat. Auntie memang teringin nak jaga kucing kamu. Comel sangat".
"Tapi jangan bawa dia masuk bilik tau. Takut dia berak. Lagi satu, pastikan warna cat litter tu tak sama dengan mana-mana barang auntie. Haritu kawan saya dah kena pasal cadarnya warna kelabu. Sebab tu warna cat litter saya dah warna oren. Jangan pasang apa-apa yang warna oren tau! ".
"Ya Kayla. Auntie ni tak minat warna oren pun. Kamu jangan risaulah. Haa.. Bila nak gerak? Karang lambat pula jadinya ".
"Nak gerak lah ni. Bye auntie ! Bye Melly ! ".
Kayla pun masuk ke dalam keretanya. Dia membaca bismillah sebelum menghidupkan enjin. Namun, telefonnya berbunyi.
"Ye Imran, ada apa? ".
"Bawa tak model rumah Melaka tu? ".
"Ada ni kat belakang. Nak saya snap ke? ".
"Eh, tak usah. Hati-hati pergi Melaka nanti. Kat Alor Gajah tau, bukan Alor Setar ".
"Ye Imran. Saya tahulah kat mana ".
Sejurus itu, Imran terus menamatkan panggilan. Isy, macam tu sahaja?
Hari ini Kayla ke Alor Gajah untuk Festival Seni dan Budaya yang diadakan selama tiga hari dua malam. Syarikat TidH juga terlibat memandangkan mereka juga mengendalikan projek pembinaan rumah tradisional. Kayla menjadi ketua untuk pameran rumah tradisi. Nisa dan Kak Ju menjadi pembantu kerana tidak cukup kakitangan. Malah Nisalah yang menjadi sukarela dan Kak Ju secara terpaksa. Ceh.
Dia pun menghidupkan enjin dan mula memandu. Semasa dia baru tiba di simpang untuk keluar dari kawasan perumahan, telefonnya berdering lagi.
"Isy, apa lagi Imran? ".
"Eh, siapa Imran? Boyfriend eh ? " terdengar suara yang lain.
Kayla melihat pada skrin. Rupa-rupanya Fayyad. Alamak, malunya!
"Eh Fayyad. Asal call aku ni? ".
"Kau dah gerak ke? ".
"Tengah gerak lah ni. Kau dengan Budin? ".
"Kitorang tengah gerak juga. Budin yang drive. Ehek! ".
"Isy, serius lah ! Dia boleh drive ke? ".
"Boleh. Asal tak boleh pula? Okeylah, kesian kau tengah drive sambil call aku. Dahlah, kita jumpa kat sana. Bye! ".
Panggilan pun ditamatkan. Fayyad dan Budin juga ke sana untuk menjual kraftangan buatan mereka kerana mereka sukakan kraf. Jadi itu peluang mereka untuk mempromosikan barang-barang mereka.
Nasib yang menyebelahi Kayla, jalan raya hari ini tidak begitu sibuk. Jadi perjalannya ke sana hanya dua jam lebih.
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
" SEMUA barang cukup? Ada yang yang tertinggal tak? " soal Imran kepada Kayla, Nisa dan Kak Ju.
"Alhamdulillah, semua cukup . Tinggal nak susun je" balas Kayla. Di hadapan mereka terhadap beberapa kotak yang menyimpan model-model rumah tradisional.
"Bagus, kita pergi ke booth kita".
Mereka berempat pun mengangkat kotak-kotak yang boleh tahan besar. Malah boleh tahan berat juga.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Narrativa generaleIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...