YOUNG WOO mencelikkan mata apabila merasakan pancaran cahaya di hadapan. Mata menjadi silau saat sinaran itu menerobos masuk.
"Urgh ! " tangan diangkat untuk melindungi mata. Dia berada di mana sekarang? Seingat dia, kali terakhirnya ialah ketika dirinya tercampak ke meja lalu dunianya kelam.
"Sedar pun kau. Ingat dah mati dah" ujar seseorang di sebelah kanannya.
Sebentar tadi, Faiq menawarkan diri untuk membawa Young Woo ke klinik. Fayyad dan Budin ikut bersama untuk memantau lelaki itu. Risau sekiranya lelaki itu menyerang Faiq semasa memandu. Kayla pula dengan kenderaannya sendiri.
Young Woo lantas menurunkan tangan apabila matanya sudah menerima sinaran lampu di atas kepala. Pandangan pertama adalah siling putih lalu diikuti oleh di sebelah kanan.
"Kau? " Young Woo juga bersuara.
Rupanya Faiq sedari tadi duduk di sisi katil Young Woo. Kemudian, dia memberi seteguk air kepadanya. Lelaki Cina itu pun mengambil dengan tanda tanya.
"Arghh ! " perut dan dada Young Woo terasa senak saat mahu duduk. Malah kedua-dua pipinya juga terasa pedih. Belakang badan terasa perit.
"Hati-hati sikit. Kau tu dahlah baru lepas kena belasah ". Sejujurnya, Faiq hampir tergelak melihat kedua-dua pipi lelaki itu membiru.
'Dah macam badut aku tengok kau' bisik Faiq sendiri.
Young Woo tersentak. Lalu, dia menjeling Faiq.
"Lelaki tu tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku ! " kata Young Woo sambil mengambil gelas air itu.
"Seriously, Young Woo? Selama ni kau rasa dia tu jahat ke? ".
"Ya, dia memang jahat. Tapi, aku tak tahulah macam mana orang lain boleh kata dia baik. Buta agaknya " balasnya dengan selamba.
Dia pun meneguk air jernih itu ke dalam mulut. Tekaknya yang kering akhirnya basah dan segar.
"Kau yang buta sebenarnya. Tak sedar diri " Faiq mengutuk perlahan.
Hampir sahaja lelaki itu tersembur. Lantas dia mendengus lalu meletakkan semula gelas di atas meja.
"Kau tak nampak apa yang dia buat di belakang kau ! Tak payah suka-suka lah nak tuduh sembarangan ".
"Lim Young Woo " Faiq bingkas bangun.
Young Woo terdiam.
"Kau ingat kita ni baru sehari dua ke kenal? Kau jangan lupa kita dulu sama sekolah rendah. Jadi, aku memang kenal gila dengan perangai kau yang kuat memberontak ! ".
Young Woo menjeling lalu berpaling ke kiri.
"Kau tak macam Young Woo yang aku kenal masa kau sekolah rendah. Lepas kau hilang orang tua kau, kau dah banyak berubah. Tuan Imran dah cuba yang terbaik nak jaga kau. Tapi, kau selalu buat dia kecil hati. At the end, atuk kau yang jaga sampailah kau tingkatan tiga ".
"Dia tu tak layak menjaga aku ".
"Dia buat semua tu sebab amanah ! Tapi, kau yang pilih untuk jadi macam ni. Kau tahu tak atuk kau sebenarnya kanser paru-paru? ".
"Aku tahulah".
"Sebab tu Tuan Imran yang kena jaga kau ! Atuk kau sebenarnya dah tak mampu ! Selama ni dia cuba kuatkan diri semata-mata nak ikut kehendak kau ! Sepatutnya, atuk kau perlu duduk di hospital weh. Tapi, kau sikit pula tak peduli. Lepas atuk kau pergi, baru kau sedar ".
Young Woo mengetap bibir. Tiba-tiba, teringat peristiwa atuknya yang sudah terkulai di atas katil. Dia juga terlihat doktor mencabut segala wayar yang berselirat di badan mendiang atuknya. Waktu itu adalah dua tahun selepas ibu bapanya meninggal. Ketika itu juga dia baru menerima khabar duka itu semasa sedang belajar di sekolah. Mulai hari itu, Imran menjadi penjaganya.
YOU ARE READING
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...