KTAK ! KTAK ! KTAK !
Bunyi tapak kasut tumit tinggi bergema di segenap ruang. Seorang wanita yang berpakaian menonjol sedang menuju ke sebuah bilik yang terletak di hujung koridor.
Dia berjalan dengan penuh yakin tanpa sebarang ketakutan. Kedinginan malam yang mencengkam kulitnya yang terdedah itu langsung tidak diendahkan. Dia kekal berjalan sambil melilau kiri kanan.
Semuanya berbilik. Ada pintu yang terbuka, ada juga yang tertutup. Di sebalik pintu terbuka, dia melihat sekumpulan kanak-kanak dan remaja yang sudah tidur dalam kesejukan.
Wanita itu hanya sekilas memandang. Sempat anak matanya menangkap cecair merah yang tercalit setiap seorang daripada mereka. Malah ada juga yang hilang anggota badan seperti tangan dan kaki.
Di bilik lain, dia sempat menjeling. Ada dua orang remaja perempuan sedang menangis teresak-esak. Mereka berteleku di hujung bilik dengan badan yang menggigil ketakutan. Tentu mereka adalah mangsa yang diperkosa.
Wanita itu akhirnya berhenti di bilik yang dia mahu ke situ. Pintu diketuk sebelum dibuka. Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian hud berwarna hitam sedang menunggunya di meja kerja. Cahaya bulan dari tingkap di belakang lelaki itu menakutkan pandangan. Apatah lagi disertakan dengan kilat yang menyambar.
"Dah lama tunggu aku? " wanita itu mengukirkan senyuman senget sambil menghampirinya.
Lelaki itu membalas senyuman.
"It's okay, have a seat first " balas lelaki itu.
Wanita itu pun duduk berhadapan lelaki berhud tadi.
"So, macam mana penyamaran kau kat sana? " soal lelaki itu.
Wanita itu hanya mengangkat kening.
"Hmm, that's great ! Sepatutnya kau tak perlu tanya pun. Aku kan dah empat bulan 'berkhidmat' kat sana " balas wanita itu.
"Ouh, pardon me ".
Wanita itu tersenyum lagi.
Tanpa membuang masa, lelaki itu pun mengeluarkan sesuatu dari laci mejanya. Benda itu diberikan kepada wanita tadi.
"Pendrive ? " wanita itu mengangkat kening.
"Yes, ambil masa juga nak siapkan. Anyway, kau tahu kan apa nak buat dengan pendrive ni? " soal lelaki itu.
Wanita itu tergelak sinis.
"Hazarol.... Hazarol.... Mestilah aku tahu. Kau nak aku hack sistem kat tempat tu? ".
Hazarol tergelak sinis juga.
"Bingo ! ".
"Mudahnya kerja aku kali ni" wanita itu membalas sambil menilik pemacu pena berwarna biru gelap. Ada garisan melintang berwarna emas di hujungnya.
"Jangan risau. Lepas kau buat kerja ni, akan ada yang lagi mencabar untuk kau " Hazarol tersenyum menyeringai.
"It's that the best and fun ? ".
"Of course, yes. Aku tahu kau rindukan kerja tu. But, we just need to wait and see. Sampai masanya nanti, aku akan berikan arahan".
"Wow, I'll be waiting for that ! " balas wanita itu dengan teruja.
Mereka pun sama-sama tergelak. Selepas itu, Hazarol pun berpesan.
"Pastikan kerja kau bersih macam selalu ".
"Anything for you, babe ! ".
"Good. You may go now".
Wanita itu pun tersengih suka. Dia pun bingkas bangun lalu berjalan keluar dari bilik. Rasanya tidak sabar untuk melakukan tugas itu nanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...